Rika_Riana

Erika Rianty Anthony atau lebih dikenali sebagai Rika Riana adalah merupakan peserta Mentor Milenia 2019 dan juga merupakan bekas protege kepada penyanyi Stacy di dalam program realiti TV tersebut dan berjaya menduduki tempat keempat. Beliau juga adalah satu-satunya peserta wanita yang berjaya mara ke konsert akhir didalam program realiti tersebut.[1] Beliau kini bernaung di syarikat Rhythm & Rhyme Entertainment dan kini beliau telah menerbitkan single pertamanya berjudul Mengapa.

Rika_Riana

Pekerjaan Penyanyi
Berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Nama lahir Erika Rianty Anthony
Pengkarya berkait Stacy, Akim
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman Rhythm & Rhyme Entertainment
Kelahiran 2000 (umur 19-20)
Genre Pop
Tahun aktif 2019-kini