Rodnoverye
Rodnoverye

Rodnoverye

Rodnoverye[nota 1] adalah anutan paganis baru[1][2] diamalkan hasil penghidupan semula kepercayaan sejarah orang- orang-orang Slav yang mendiami kawasan-kawasan Eropah Tengah dan Timur dengan pelbagai aliran tersendiri.[3]Gerakan ini mula muncul hasil pengembangan ajaran didatangkan dari pelbagai sumber penulisan abad-abad ke-18 dan ke-19 yang meromantisasikan budaya dan adat lama masyarakat-masyarakat Slav sebelum mereka memeluk agama Kristian, hal ini turut digalakkan insentif seperti pemerintahan Joseph Stalin yang menggalakkan kajian terhadap sejarah kepercayaan mereka serta pendirian persatuan-persatuan menghidupkan anutan ini di Poland dan Ukraine pada tahun 1930-an dan 1940-an. Selepas Perang Dunia Kedua dan penubuhan negara-negara komunis di seluruh Blok Timur, pengembangan agama baru ini diteruskan para emigran Slavia yang tinggal di negara-negara Barat yang memperkenalkan kembali ke negara-negara Eropah Tengah dan Timur setelah kejatuhan Kesatuan Soviet oleh seberapa pemimpin berkarisma.