Romulus_dan_Remus
Romulus_dan_Remus

Romulus_dan_Remus

Romulus (c. 771 SM[1]—c. 717 SM) dan Remus (c. 771 SM–c. 753 SM) ialah pengasas-pengasas negara kota Rom, yang wujud dalam mitos Rom sebagai anak kembar[2] paderi wanita Rhea Silvia dan tuhan api, Mars. Menurut tradisi yang dicatat sebagai sejarah oleh Plutarch dan Livy, Romulus menjadi Raja Rom yang pertama. Romulus membunuh Remus dalam merebut restu dewa-dewi untuk memerintah negara kota baharu, sekaligus menamakannya. Maka, nama yang diberikan kepada kota itu berbunyi "Rom." Kononnya, Romulus berdiri di sebuah bukit yang bernama Bukit Palatino dan Remus berdiri di sebuah lagi bukit yang bernama Bukit Aventino, disitu terdapat tujuh buah bukit tetapi masing-masing berminat pada bukit Palatino dan Aventino sahaja. Sekawan burung-burung berterbangan atas jasad Romulus, menandakan bahawa dialah yang sepatutnya menjadi raja di negara kota tersebut. Kedua-dua mereka bertengkar hingga membawa kepada peristiwa bergaduh dan berbunuhan. Romulus telah membunuh Remus. Setelah mengasaskan Rom, Romulus bukan sahaja mewujudkan Legion Rom dan Senat Rom, bahkan juga menambah jumlah warga ke dalam kota barunya dengan menculik kaum wanita puak Sabine di kawasan berdekatan lalu menghasilkan campuran orang-orang Sabine dan Rom menjadi satu bangsa. Romulus kemudiannya menjadi penakluk teragung di Rom kuno kerana menambah banyak wilayah dan warga ke dalam taklukan Rom. Selepas mangkat, Romulus didewakan menjadi dewa Quirinus, iaitu persona ketuhanan bangsa Rom. Kini Romulus dianggap sebagai tokoh mitos, dan dipercayai bahawa namanya merupakan pembentukan terbalik dari nama Rom, yang mungkin sekali berasal dari suatu perkataan bagi "sungai". Sesetengah cendekiawan, khususnya Andrea Carandini percaya akan kesahihan sejarah Romulus, sebahagiannya kerana penemuan Murus Romuli di cerun utara Bukit Palatine di Rom pada tahun 1988.[3]