Rosamund_Pike
Rosamund_Pike

Rosamund_Pike

Rosamund Mary Ellen Pike[1][2] (lahir 27 Januari 1979) ialah seorang pelakon Inggeris. Kredit layar pertamanya adalah pada tahun 1998 untuk filem televisyen, A Rather English Marriage dan beliau mula mendapat perhatian apabila dipilih ketika berumur 21 tahun sebagai gadis Bond, Miranda Frost dalam Die Another Day (2002). Beliau memenangi Anugerah BIFA bagi kategori Pelakon Wanita Sokongan Terbaik pada tahun 2004 untuk filem The Libertine; dan juga menerima pencalonan BIFA untuk lakonannya sebagai Helen dalam An Education (2009) dan Lisa dalam Made in Dagenham (2010).Penmapilan filem yang lain termasuk sebagai Jane Bennet dalam Pride & Prejudice (2005), Fracture (2007), Barney's Version (2010) dan Gone Girl (2014). Lakonannya sebagai Amy Elliott Dunne dalam Gone Girl mendapat pujian kritis dimana beliau mendapat pencalonan pelbagai anugerah.Di televisyen, Pike melakonkan watak Gudrun Brangwen dalam Women in Love pada tahun 2011. Di pentas, beliau berlakon di West End untuk beberapa produksi termasuk Hitchcock Blonde pada tahun 2003, Summer and Smoke pada tahun 2006, Gas Light pada tahun 2007 dan Hedda Gabler pada tahun 2010.

Rosamund_Pike

Pekerjaan Pelakon
Pasangan Robie Uniacke (2009–sekarang)
Tahun aktif 1998–sekarang
Anak 2
Kelahiran (1979-01-27) 27 Januari 1979 (umur 41)
Hammersmith, London, U.K.
Pusat pendidikan Kolej Wadham, Oxford

Rujukan

WikiPedia: Rosamund_Pike http://movies.about.com/od/doom/a/doomrp101705.htm http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=gonegirl.h... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=oneshot.ht... http://news.google.com/newspapers?nid=1683&dat=200... http://www.hitfix.com/blogs/motion-captured/posts/... http://www.imdb.com/name/nm0683253/ http://www.kfvs12.com/story/23414551/gone-girl-sta... http://celebritybabies.people.com/2014/12/04/rosam... http://www.rottentomatoes.com/m/gone_girl/?search=... http://movies.yahoo.com/person/rosamund-pike/biogr...