Rosemaria_Abdul_Hamid

Rosemaria Abdul Hamid ataupun dikenali sebagai Rosemaria merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai sekitar era 1980-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia dan Singapura. Bakatnya di cungkil ketika beliau menyertai Bintang RTM pada tahun 1977.Rosemaria yang berasal dari Kelantan merupakan salah seorang penyanyi wanita terawal yang memenangi pertandingan Bintang RTM, sebuah pertandingan pencarian bakat penyanyi yang paling awal diadakan iaitu bermula pada sekitar pertengahan 1970-an. Beliau menjadi juara Bintang RTM 1977 ketika berusia 21 tahun. Berikutan dari itu, pada 1978, Rosemaria telah menerima tawaran sebagai artis syarikat rakaman antarabangsa EMI dan berjaya mengeluarkan album pertamanya pada 1979. Setelah mengeluarkan album ketiga dan terakhirnya pada 1981, Rosemaria telah melangsungkan perkahwinan.[1]Nama Rosemaria semakin tenggelam dengan kehadiran beberapa lagi juara baru Bintang RTM seperti Juliza Adlizan (1983) dan Ramlah Ram (1985), serta ramai lagi penyanyi pop wanita era 1980-an.

Rosemaria_Abdul_Hamid

Pekerjaan Penyanyi,
Berasal dari Malaysia
Nama lahir Rosemaria Abdul Hamid
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman EMI
Laman sesawang
Tahun aktif 1980-an