Rubah_pucat
Rubah_pucat

Rubah_pucat

Rubah pucat atau rubah pudar (Vulpes pallida) ialah satu spesies rubah yang dijumpai di dalam jalur Sahel Afrika dari Senegal di barat ke Sudan di timur[1][3] Ia merupakan salah satu spesies kanin yang paling kurang dikaji, sebahagiannya kerana habitat pedalamannya dan bulu kepasirannya yang menyamar dengan baik dengan rupa bumi kegurunan.[4]Rubah pucat berbadan panjang dengan tungkai agak pendek dan muncung kurang lebar. Ia merupakan canid yang agak kecil dengan berat berjulat dari 4–6 lb (1.8–2.7 kg). Telinganya adalah besar berbanding dengan rubah lain tetapi tipikal bagi canid yang mendiami gurun. Bulunya pada amnya berwarna kepasiran pucat yang memutih ke arah perut. Ekor lebatnya berwarna perang kemerah-merahan dan hitam pada hujung.[4]Rubah pucat biasanya mendiami gurun berbatuan dan separa gurun tetapi ia kadang-kadang mengembara ke selatan ke savana. Ia tinggal dalam kelompok keluarga kecil dengan induk dan anaknya. Pada siang ia berehat di dalam korok tergali yang boleh melanjut sehingga 15 meter panjang dan sedalam 2 meter ke dalam tanah, pada senja ia keluar dan mencari makanan, yang termasuk tumbuhan dan beri serta rodensia, reptilia, dan serangga.[5] Ia mempunyai kebolehan untuk mengekalkan daripada makanannya, dan boleh meneruskannya sepenuhnya tanpa meminum.[4]Terdapat lima subspesies teraku rubah ini:[1]