Ahli Running_Man

Ahli asal Running Man terdiri daripada Yoo Jae-suk, Gary, Haha, Ji Suk-jin, Kim Jong-kook, Lee Kwang-soo dan Song Joong-ki. Song Ji-hyo pada asalnya merupakan tetamu untuk episod 2-5. Beliau secara rasmi menyertai program ini di dalam episod 6 tetapi tidak dapat hadir sehingga episod 7.[1] Pada bulan April 2011, Song Joong-ki merekodkan episod terakhirnya (episod 41) pada bulan Mei dan meninggalkan program ini untuk memberi tumpuan terhadap kerjaya lakonan beliau tetapi kembali dalam episod 66 sebagai tetamu dan kemudiannya membuat penampilan kameo di dalam beberapa episod.[2] Lizzy pada asalnya merupakan tetamu untuk episod 13 dan 14 tetapi kemudiannya menyertai program ini bermula episod 18. Walau bagaimanapun, beliau meninggalkan program ini sejak episod 26 kerana konflik penjadualan bersama kumpulan After School. Beliau kemudiannya kembali sebagai tetamu dalam episod 292 selepas 5 tahun sejak penampilan terakhirnya. Pada 25 Oktober 2016, Gary mengumumkan akan meninggalkan program ini untuk memberi tumpuan terhadap kerjaya muzik beliau tetapi kembali sebagai tetamu seminggu kemudian.[3] Pada 3 April 2017, pelbagai media telah mengesahkan bahawa Running Man menambah Jeon So-min dan Yang Se-chan sebagai ahli.

Ahli semasa

NamaTempoh
Yoo Jae-sukEpisod 1 – sekarang
HahaEpisod 1 – sekarang
Ji Suk-jinEpisod 1 – sekarang
Kim Jong-kookEpisod 1 – sekarang
Lee Kwang-sooEpisod 1 – sekarang
Song Ji-hyoEpisod 2 – 5 (tetamu)
Episod 7 – sekarang (ahli)
Jeon So-minEpisod 224, 343 (tetamu)
Episod 346 – sekarang (ahli)
Yang Se-chanEpisod 321, 323 (tetamu)
Episod 346 – sekarang (ahli)

Bekas ahli

NamaTempoh
Song Joong-kiEpisod 1 – 41 (ahli)
Episod 66 (tetamu)
Episod 71, 97, 251, 283 (kameo)
GaryEpisod 1 – 324 (ahli)
Episod 325, 336 (tetamu)
LizzyEpisod 13 – 14, 292 (tetamu)
Episod 18 – 25 (ahli)

Garis masa

Rujukan

WikiPedia: Running_Man http://www.allkpop.com/article/2016/10/gary-confir... http://sports.chosun.com/news/ntype.htm?id=2011042... http://www.newsen.com/news_view.php?uid=2010081609... http://www.newsen.com/news_view.php?uid=2010090609... http://www.newsen.com/news_view.php?uid=2013013016... http://www.artsnews.co.kr/news/90576 http://www.asiae.co.kr/news/view.htm?idxno=2010071... http://osen.mt.co.kr/news/view.html?gid=G100822009... http://star.mt.co.kr/view/stview.php?no=2014020517... http://runningman.sbs.co.kr/