Format Running_Man

Terkini

Bermula episod 48, ahli-ahli mengambil bahagian dalam beberapa misi untuk menjadi pemenang di akhir perlumbaan. Misi-misi merupakan asas Running Man dengan ahli-ahli cuba untuk mengelakkan hukuman atau untuk memenangi hadiah. Lebih daripada satu misi dijalankan dalam setiap episod dengan misi perlumbaan menjadi kemuncak episod. Format rancangan ini bertukar daripada format "misi perlumbaan + misi lain" kepada satu perlumbaan yang panjang dengan misi semasa perlumbaan.

Terdahulu

Episod 1

Dalam episod ini, ahli dan tetamu telah dikurung di suatu tempat (contohnya seperti muzium atau pusat beli-belah) ketika waktu masuk bagi tempat itu telah di tutup dan mereka dikehendaki untuk meninggalkan tempat itu sebelum waktu tempat itu dibuka semula. Dalam episod ini juga, mereka telah dibahagi kepada dua pasukan untuk berlumba mencari kod yang tersembunyi di tempat tersebut bagi membuka kunci pintu utama tempat itu.[4]

Dengan sejumlah 5 nombor, selepas satu telah dijumpai, satu permainan dimainkan untuk menentukan pasukan mana yang akan bermula dahulu dalam perlumbaan seterusnya dan pasukan yang kalah menerima hukuman manakala pasukan yang menang pula boleh mendahului perlumbaan itu. Selepas semua nombor telah dijumpai oleh mana-mana pasukan, mereka perlu menghampiri pintu masuk utama tempat itu dan memasukkan kod berdasarkan kombinasi nombor yang mereka percaya ia adalah betul. Pasukan yang menang dibenarkan untuk meninggalkan tempat tersebut manakal pasukan yang kalah perlu menjalani hukuman di tempat tersebut.[5]

Episod 2 – 5

Bagi episod dua hingga lima, kedua-dua pasukan bersaing bagi mencari tabung khinzir emas yang diisi dengan wang dimana ia disorokkan di dalam suatu tempat dan mereka mengambil bahagian dalam permainan dalam usaha untuk memenangi lebih banyak wang. Pada akhir setiap episod, pasukan dengan duit yang lebih banyak diumumkan sebagai pemenang dan pasukan yang kalah perlu menjalani hukuman. Wang terkumpul oleh dua pasukan itu akan didermakan atas nama pasukan yang menang. Penonton juga boleh mengundi di laman sesawang rasmi Running Man bagi meneka antara pasukan yang manakah mereka percaya akan menjadi pasukan yang menang. Penonton bertuah yang menekanya dengan betul dibenarkan untuk mempunyai namanya di dalam pendermaan itu.[6]

Episod 6 – 10

Dalam episod 6 hingga 10, format permainan yang konsisten digunakan dimana dua pasukan bersaing untuk mendapatkan Running Man Balls ("Bola Orang Berlari") yang paling banyak (disingkatkan kepada Running Balls di episod berikutnya). Running Balls diberikan kepada pasukan yang menemui bola dan ia juga diberikan kepada individu yang memenangi suatu permainan, yang menerima bola itu dimana ia bersesuaian dengan warna pasukannya (sama ada biru atau merah).[7] Setiap permainan dan perlumbaan disebut sebagai misi dan ia adalah seperti yang berikut:

  • Misi 1 menampilkan permainan berkaitan dengan sesebuah tempat (tempat mereka bertanding). Sebelum ini, Permainan Zon Gambar diadakan di setiap tempat mereka beradu.
  • Misi 2 pula adalah misi perlumbaan.
  • Misi 3 dikenali sebagai Masa Senggang untuk Secawan Teh. Misi ini telah dihentikan selepas episod sepuluh disebabkan oleh kerana kontroversi.[8]
  • Misi 4 adalah Sukan Pasukan Pagi. Misi ditayangkan sepenuhnya dalam episod enam dan hanya sorotan dipaparkan dalam episod tujuh disebabkan kekangan masa.

Episod 11 – 25

Pada episod 11, ahli Running Man dan tetamu tidak lagi berpecah kepada dua pasukan utama kecuali semasa misi perlumbaan, dengan pasukan yang lebih kecil atau bermain secara individu bagi misi yang lain. Setiap orang secara individu memperoleh Running Balls di sepanjang misi dan bola dipilih selama segmen mesin loteri yang mewakili individu yang merupakan pemenang malam ini. Format misi juga diubah dan ia adalah seperti berikut:

  • Misi 1 adalah Cabaran 1 lawan X.
  • Misi 2 adalah Mencari Pencuri. Dari episod lima belas, misi ini diubah kepada permainan yang berbeza berkaitan dengan sesuatu tempat.
  • Misi 3 adalah misi perlumbaan iaitu Sorok-sorok Loceng.

Bagi episod lapan belas, hanya mereka yang tidak memperoleh Running Balls sama sekali dihukum sepanjang malam.

Episod 26 – 43

Bermulanya episod 26, misi perlumbaan Sorok-sorok Loceng telah diganti dengan misi Mencari Tetamu. Para ahli dan tetamu dikunci dalam suatu tempat dan mereka perlu mendapatkan Running Balls untuk mengelakkan daripada dikenakan hukuman. Melalui satu siri misi, ahli Running Man dibahagi kepada beberapa pasukan dan/atau secara individu yang memperoleh Running Balls. Format misi untuk episod 26 hingga 43 ialah:

  • Misi 1 merupakan misi perlumbaan, Mencari Tetamu. Bagi episod 39 hingga 41 pula ialah Mengejar Running Man.
  • Misi 2 pula menampilkan permainan yang berkaitan dengan tempat mereka bermain.
  • Misi 3 adalah cabaran Satu Peluang, dimana ia dimainkan pada episod 27 hingga 31.

Jika ramai anggota Running Man tidak mempunyai Running Balls, mereka secara automatik dihukum dan undian tidak dilakukan. Jika mereka berjaya dalam misi Satu Peluang, mereka kesemuanya terlepas daripada hukuman tanpa mengira berapa banyak Running Balls yang mereka peroleh.

Episod 44–47

Dari episod 44 hingga 47, pekerja tempat ahli Running Man berlawan mengundi yang mereka percaya akan menjadi pemenang dalam keseluruhan permainan dan menjadi penyokong kepada pasukan/ahli yang mereka pilih. Pasukan ditentukan oleh pemenang misi perlumbaan, yang menerima Running Ball pertama dan dua pasukan kemudiannya berlawan untuk mendapatkan lebih banyak Running Balls melalui misi yang berjalan selama dua hari (dua episod). Format misi adalah seperti berikut:

  • Misi 1 adalah misi perlumbaan iaitu Mencari Tetamu.
  • Misi 2 memperkenalkan misi yang berkaitan pekerja tempat mereka bermain.
  • Misi 3 pula adalah misi perlumbaan yang kedua.
  • Misi 4 menampilkan misi berkaitan dengan tempat.

Pasukan dengan Running Balls terbanyak diumumkan sebagai pemenang dan penyokong mereka (pekerja yang mengundi) pula menerima bonus daripada bos mereka.

Episod 119, 131, 144

Di dalam episod-episod ini, ahli-ahli akan tiba di venue permulaan secara berasingan. Seorang juruhebah aan mengumumkan bahawa "Running Man XX sedang memasuki arena". Pengumuman ini akan disertai dengan tetamu untuk hari itu. Setelah semua tetamu diperkenalkan, juruhebaha akan segera mengumumkan misi pertama mereka. Perlumbaan akan bermula secara rasmi selepas misi pertama berakhir. Pemenang misi pertama akan diberikan kelebihan kepada pasukannya dalam perlumbaan. Format misi adalah seperti berikut:

  • Misi 1 merupakan misi pembukaan: penyingkiran teg nama
  • Misi 2 akan mengikut format biasa rancangan ini: satu perlumbaan yang panjang dengan misi semasa perlumbaan.

Siri istimewa

Yoo-mes Bond

  • Episod 38, 91, 140, 196, 231, 318 – 319, 336

Siri Yoo-mes Bond terkenal dengan watak utamanya, Yoo Jae-suk sebagai Yoo-mes Bond yang menggunakan pistol air untuk menyingkirkan ahli untuk menyelesaikan misinya. Siri-siri ini menampilkan Yoo Jae-suk menentang ahli Running Man yang lain yang tidak mengetahui identiti sebenar atau misi Yoo Jae-suk.

Perlawanan Terbaik diantara yang Terbaik

  • Episod 42, 74, 130, 196, 257, 285, 336

"Perlawanan Terbaik diantara yang Terbaik" berlaku sekali sekala untuk menentukan "Running Man" terbaik.

Pemburuan Belalang–Running Man

  • Episod 52 – 53, 69, 118

Olimpik Running Man

  • Episod 86, 104, 129, 184

Ahli Running Man bersaing dengan tetamu dan satu sama lain untuk memenangi perlumbaan "Olimpik".

Bola Sepak Running Man

  • Episod 95 – 97, 153 – 154, 199 – 200, 283

Ahli Running Man diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perlawanan bola sepak bersama Park Ji-sung.

Episod Running Man berasaskan peminat

  • Episod 165, 182, 242

Selain daripada episod-episod yang dicipta oleh krew penerbit, ahli Running Man menjalani cabaran yang dicadangkan oleh peminat atau dibuat oleh krew penerbitan melalui idea peminat.

Rancangan Tru-Gary

  • Episod 60, 265

Gary, yang mudah tertipu dan tidak dapat berbohong telah meminta krew penerbitan untuk memberinya misi pengintip. Walau bagaimanapun, selepas krew penerbitan memutuskan untuk memberikannya misi tersebut, mereka kemudiannya memutuskan untuk menipu Gary dan sebaliknya mencipta episod kamera tersembunyi.

Projek jangka panjang

Minggu Ahli

  • Episod 333 – 337, 339 – 340

Projek Running Man untuk meraikan kerja keras ahli-ahli selama lebih daripada tujuh tahun yang membenarkan ahli-ahli memilih tema untuk setiap minggu dan membina episod seperti yang mereka inginkan.

Perlumbaan Global

  • Episod 346 – 354

Projek Running Man untuk meraikan ahli baru dan peralihan krew penerbitan. Ia melibatkan penggambaran program di lokasi luar negara dengan penalti melibatkan melawat tarikan pelancong yang berbahaya di seluruh dunia. Penalti diberikan kepada ahli yang telah mengumpul tiga 'Kad Pelancong', yang diberikan apabila mereka kalah semasa misi.

1% Pengesyoran Penonton

  • Episod 355 – 359, 369 – 371

Projek Running Man dimana krew penerbitan menerima cadangan unik tarikan pelancong daripada peminat dan hanya memilih tempat yang menerima 1% undi. Dua ahli Running Man dipilih untuk menyelesaikan projek tersebut selepas mereka mengutip tiga pelekat I-Go.

Lawatan Separa

  • Episod 365 – 369, 372

Projek Running Man di mana ahli-ahli bersaing dengan krew penerbitan. Ahli-ahli meminta rancangan ini untuk melawat tempat pelancongan untuk misi kegembiraan manakala krew penerbitan mahu menghantar mereka untuk melawat tempat tersendiri untuk misi berbahaya. Setiap episod akan mempunyai kedua-dua pihak bersaing di mana pemenang dibenarkan untuk meletakkan cadangan mereka ke roda berputar dengan nama seorang ahli dilampirkan untuk menyelesaikan misi. Keputusan muktamad dibuat setelah 4 tempat telah diputuskan.

Projek Pakej Keluarga

  • Episod 392 – 396, 399 – 400, 406 – 408

Projek Running Man di mana 4 tetamu, Hong Jin-young, Kang Han-na, Lee Da-hee dan Lee Sang-yeob menjadi ahli sementara untuk 4 minggu. Pemenang-pemenang setiap episod layak untuk mendapat pakej mewah yang mengandungi perjalanan ke destinasi pelancongan yang popular. Sebaliknya, mereka yang kalah dalam episod-episod berikut akan diberi pakej ngeri yang mengandungi perjalanan ke destinasi pelancongan yang mengerikan. Di dalam episod akhir, sebuah rolet dipenuhi dengan pakej mewah dan ngeri yang telah diberikan kepada ahli-ahli akan diputar untuk menentukan pakej yang mana akan dilaksanakan oleh ahli-ahli.

Rujukan

WikiPedia: Running_Man http://www.allkpop.com/article/2016/10/gary-confir... http://sports.chosun.com/news/ntype.htm?id=2011042... http://www.newsen.com/news_view.php?uid=2010081609... http://www.newsen.com/news_view.php?uid=2010090609... http://www.newsen.com/news_view.php?uid=2013013016... http://www.artsnews.co.kr/news/90576 http://www.asiae.co.kr/news/view.htm?idxno=2010071... http://osen.mt.co.kr/news/view.html?gid=G100822009... http://star.mt.co.kr/view/stview.php?no=2014020517... http://runningman.sbs.co.kr/