Park_Ji-sung
Park_Ji-sung

Park_Ji-sung

Park Ji-sung (Hangul: ; Hanja: ; Sebutan bahasa Korea: [pakt͈ɕisʰʌŋ]; lahir 25 Februari 1981) merupakan bekas pemain bola sepak Korea Selatan. Dilahirkan di Goheung, Jeollanam-do, beliau dinamakan kapten Pasukan kebangsaan Korea Selatan sehingga persaraannya dari bola sepak antarabangsa. Beliau merupakan salah seorang pemain bola sepak Asia paling berjaya dalam sejarah, sebagai pemain bola sepak Asia pertama untuk memenangi trofi Liga Juara-Juara Eropah, pemain bola sepak Asia pertama untuk bermain dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah, dan juga pemain bola sepak Asia pertama yang memenangi Piala Kelab Dunia FIFA.[3] Park mampu bermain di mana-mana sahaja di posisi tengah dan dikenali kerana tahap kecergasan yang luar biasa, disiplin, etika kerja dan pergerakan off-the-ball.[4]Park memulakan karier bola sepaknya di negara asalnya, Korea Selatan dan bermain untuk pasukan Universiti Myongji sebelum berpindah ke Jepun untuk bermain dengan Kyoto Purple Sanga. Selepas pengurus pasukan kebangsaan Park, Guus Hiddink kembali ke Belanda untuk mengurus PSV Eindhoven, Park mengikutinya ke kelab Belanda itu setahun kemudian. Selepas PSV layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah 2004–05, bakat Park mula dikesan oleh pengurus Manchester United, Alex Ferguson dan beliau menandatangani Park dengan bayaran sekitar £4 juta pada bulan Julai 2005. Ketika tempohnya di Manchester United, Park memenangi Liga Perdana Inggeris empat kali dan juga memenangi Liga Juara-Juara Eropah 2007–08 dan Piala Kelab Dunia FIFA 2008. Beliau berpindah ke Queens Park Rangers pada bulan Julai 2012 selepas kurang membuat penampilan untuk Manchester United pada musim sebelumnya. Walau bagaimanapun, kecederaannya ketika di QPR, ditambah pula dengan penyingkiran kelab itu, menyebabkan Park menyertai semula PSV secara pinjaman untuk musim 2013-14. Sebagai ahli pasaukan kebangsaan Korea Selatan, Park telah membuat 100 penampilan dan menjaringkan 13 gol,[5] dan merupakan ahli pasukan yang menduduki tempat keempat dalam Piala Dunia FIFA 2002. Beliau juga mewakili negaranya dalam Piala Dunia FIFA 2006 dan merupakan kapten ketika Piala Dunia FIFA 2010. Park menjaringkan gol dalam ketiga-tiga pertandingan (pemain Korea Selatan pertama dan pemain Asia kedua untuk berbuat demikian) dan pada masa ini beliau adalah penjaring gol terbanyak Asia di Piala Dunia FIFA dengan tiga gol bersama rakan senegara Ahn Jung-hwan, Tim Cahill dan pemain Arab Saudi, Sami Al-Jaber. Selepas Piala Asia 2011, pada 31 Januari 2011, Park mengumumkan persaraannya dari bola sepak antarabangsa semasa sidang akhbar yang diadakan oleh Persatuan Bola Sepak Korea di Suwon.[6]Pada 14 Mei 2014, Park mengumumkan persaraannya dari bola sepak, berkata kecederaan lututnya merupakan sebab beliau bersara.[7]Pada 2 Oktober 2014, Ji-Sung-Park mengumumkan beliau kembali ke Manchester United sebagai Duta Global.

Park_Ji-sung

2000 Universiti Myongji
Tarikh lahir (1981-02-25) 25 Februari 1981 (umur 38)
Kelab terkini Manchester United (duta global)
2005–2012 Manchester United
2000–2003 Kyoto Purple Sanga
2000–2011 Korea Selatan
2003–2005 PSV Eindhoven
Anugerah Peserta untuk Korea Selatan Bola sepak lelaki Sukan Asia Busan 2002Pasukan Peserta untuk Korea SelatanBola sepak lelakiSukan Asia
Nama penuh Park Ji-sung[1]
2013–2014 PSV Eindhoven (pinjam)
2012–2014 Queens Park Rangers
Posisi permainan Pemain tengah
Tempat lahir Goheung, Jeollanam-do, Korea Selatan
Tahun Pasukan
1999–2004 Korea Selatan B23
Ketinggian 1.75 m (5 ka 8+7⁄8 in)[2]

Rujukan

WikiPedia: Park_Ji-sung http://www.cbc.ca/sports/soccer/fifaworldcup/featu... http://1800-worldcup.com/world_cup_finals/korea-ja... http://www.bbc.com/sport/0/football/29398862 http://edition.cnn.com/2011/SPORT/football/01/31/f... http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrec... http://soccernet.espn.go.com/match?id=192054&cc=57... http://www.manutd.com/ http://www.manutd.com/en/News-And-Features/Footbal... http://www.manutd.com/en/News-And-Features/Footbal... http://www.manutd.com/en/News-And-Features/Footbal...