Kontroversi Running_Man

Pada 14 Disember 2016, Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo telah diumumkan akan meninggalkan Running Man dengan format semasa akan berakhir. Musim baru dengan format berlainan dibintangi ahli yang masih kekal dan ahli baru, Kang Ho-dong akan mula disiarkan pada bulan Januari 2017. Reaksi peminat pada mulanya bercampur. Susulan pendedahan bahawa Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook tidak diberi maklumat tentang pembuangan mereka, peminat memberikan reaksi negatif. Selain itu, berita tentang Kang Ho-dong menolak tawaran untuk menyertai musim baru menyebabkan kemungkinan musim kedua Running Man dibatalkan. Pada 16 Disember 2016, sebuah perjumpaan diadakan di mana semua ahli bersetuju untuk mengakhiri rancangan ini bersama-sama pada bulan Februari 2017 dengan program baru akan disiarkan sebagai pengganti. Walau bagaimanapun, pada 24 Januari 2017, SBS mengumumkan bahawa Running Man akan terus bersiaran bersama ahli sedia ada. Keputusan ini dibuat selepas Nam Seung-young, Naib Presiden baru Ibu Pejabat Hiburan SBS mengadakan perbincangan lanjut bersama setiap ahli mengenai masa hadapan program ini. Selepas memohon maaf kepada Kim Jong-kook mengenai semua isu berkenaan program ini, Kim kemudiannya terlibat secara aktif dalam meyakinkan ahli lain untuk terus bekerja dalam Running Man.

Rujukan

WikiPedia: Running_Man http://www.allkpop.com/article/2016/10/gary-confir... http://sports.chosun.com/news/ntype.htm?id=2011042... http://www.newsen.com/news_view.php?uid=2010081609... http://www.newsen.com/news_view.php?uid=2010090609... http://www.newsen.com/news_view.php?uid=2013013016... http://www.artsnews.co.kr/news/90576 http://www.asiae.co.kr/news/view.htm?idxno=2010071... http://osen.mt.co.kr/news/view.html?gid=G100822009... http://star.mt.co.kr/view/stview.php?no=2014020517... http://runningman.sbs.co.kr/