Saarland
Saarland

Saarland

Saarland ([ˈzaːɐ̯lant], Bahasa Perancis: Sarre) ialah salah satu daripada 16 buah negeri di dalam Republik Persekutuan Jerman. Dengan Saarbrücken sebagai ibu negeri, ia memiliki keluasan sekitar 2,570 km² dan penduduk berjumlah 1,045,000 orang, menjadikannya negeri terkecil dari segi saiz dan penduduk tanpa mengira negeri-negeri kota seperti Hamburg, Berlin dan Bremen. Kedudukannya di antara Jerman dan Perancis memberikan negeri ini satu sejarah yang unik. Saarland merupakan satu-satunya negeri yang menyertai Jerman Barat sebelum penyatuan dengan Jerman Timur. Selepas Bavaria, negeri ini memiliki peratusan kedua tertinggi penganut-penganut agama Kristian Katolik dengan 65.1% daripada jumlah penduduk keseluruhan.