Sagamihara
Sagamihara

Sagamihara

Sagamihara (相模原市, Sagamihara-shi, ساڬاميهارا) merupakan sebuah bandar raya yang terletak di tengah utara wilayah Kanagawa dan bersempadan dengan Tokyo. Ia merupakan bandar ketiga terpadat di wilayah Kanagawa selepas Yokohama dan Kawasaki serta pinggir bandar kelima terpadat penduduknya di kawasan Tokyo Raya. Sempadan utara bandar raya ini ialah Machida. Pada tahun 2010, jumlah penduduknya adalah seramai 712,883 orang (anggaran) dan kepadatan penduduknya ialah 2,170 orang per km². Jumlah keluasannya ialah 328.84 km².