Pencapaian
sains dan teknologi di Jerman adalah penting dan usaha
penyelidikan dan pembangunan merupakan satu bahagian penting
ekonomi negara ini.
Jerman telah melahirkan ramai pengkaji terkemuka di dalam pelbagai bidang
sains dan
teknologi.
Hadiah Nobel telah dianugerahkan kepada 100 orang penerima yang berasal dari negara ini.
[1] Hasil kerja
Albert Einstein dan
Max Planck menjadi asas kepada ilmu
fizik moden, yang kemudiannya dibangunkan oleh Werner Heisenberg dan Max Born.
[2] Mereka ini didahului oleh ahli-ahli fizik seperti Hermann von Helmholtz, Joseph von Fraunhofer dan Gabriel Daniel Fahrenheit. Wilhelm Conrad Röntgen telah menemui
Sinar-X yang dipanggil Röntgenstrahlen (
Bahasa Melayu: Sinar Röntgen) di dalam
bahasa Jerman dan beberapa bahasa lain. Penemuannya ini menjadikannya penerima pertama Hadiah Nobel dalam Fizik pada tahun 1901.
[3] Werner von Braun telah membangunkan
roket angkasa lepas pertama (roket pertama melepasi 100 km
sempadan ke angkasa lepas) dan kemudiannya menjadi anggota terkemuka
NASA dan membangunkan roket bulan
Saturn V, yang membawa kepada kejayaan Amerika Syarikat melalui
Rancangan Apollo. Hasil kerja
Heinrich Rudolf Hertz di dalam bidang
sinaran elektomagnet adalah penting dalam pembangunan teknologi
telekomunikasi moden.
[4] Melalui pembinaan makmal pertama di Universiti Leipzig pada tahun 1879, Wilhelm Wundt dianggap sebagai pengasas bidang
psikologi sebagai sains empirik bebas.
[5] Sumbangan Alexander von Humboldt sebagai ahli sains semula jadi dan peneroka pula kemudiannya menjadi asas kepada biogeografi.Beberapa ahli
matematik terkemuka juga telah dilahirkan di Jerman, termasuklah
Carl Friedrich Gauss,
David Hilbert,
Bernhard Riemann,
Gottfried Leibniz,
Karl Weierstrass dan
Hermann Weyl. Jerman juga merupakan tempat kediaman banyak pereka dan jurutera terkenal seperti
Johannes Gutenberg, yang mencipta mesin pencetak boleh gerak;
Hans Geiger, pereka
pembilang Geiger; dan Konrad Zuse, yang mula-mula mencipta komputer digital automatik.
[6] Pereka, pencipta, jurutera dan usahawan seperti
Ferdinand von Zeppelin,
Otto Lilienthal,
Gottlieb Daimler,
Rudolf Diesel,
Hugo Junkers dan
Karl Benz telah membantu membentuk sistem kenderaan dan pengangkutan udara moden.
[7][8]Institusi-institusi kajian sains yang penting di Jerman ialah
Persatuan Max Planck,
Masyarakat-Helmholtz dan
Persatuan Fraunhofer. Mereka mempunyai hubungan samada secara bebas atau luaran dengan sistem universiti dan menyumbang dalam jumlah yang agak besar terhadap usaha-usaha saintifik di negara ini. Anugerah berprestij
Hadiah Gottfried Wilhelm Leibniz dianugerahkan kepada sepuluh orang ahli sains dan akademik pada setiap tahun. Dengan hadiah maksimum €2.5 juta bagi setiap anugerah, ia merupakan salah satu hadiah kajian tertiinggi di dunia.
[9]