Kerjaya Salina_Saibi

Beliau telah berlakon sebanyak berpuluh drama dan telefilem di beberapa stesen TV termasuk RTM, TV3, TV9 dan Astro. Sebagai seorang pelakon yang berdisplin, komited, fokus, sangat lasak dan boleh melakonkan apa sahaja watak yang diberi, boleh dikatakan Salina ialah seorang pelakon yang serba boleh. Beliau mula dikenali umum menerusi watak Inspektor Rita dalam siri drama penyiasatan CID 3278 yang turut dibintangi oleh Faizal Yusof (Allahyarham), Along Eyzendy, Kamal Affandi Hashim, Azman Nor dan lain-lain.[3] Sebelum bergiat aktif dalam bidang lakonan, beliau pernah menjadi penyanyi.[3]

Pada tahun 2007, Salina dipelawa oleh orang kuat Skop Productions, Yusof Haslam bagi membintangi siri drama kepolisan Gerak Khas yang mana beliau menjayakan peranan pembantu dalam beberapa episod termasuk "Misteri Elisa" dari musim kelapan siri ini, 3 tahun kemudian, beliau dibawa menjayakan watak utama sebagai Inspektor Salina.[4][5] Sejak itu, beliau banyak berkhidmat di Skop Productions.

Salina menjadi bintang utama bersama Nabila Huda dalam filem drama aksi sosial 2009, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam arahan Syamsul Yusof; beliau memegang watak sebagai Amy, seorang gadis bohsia yang mengamalkan gaya hidup bebas, ia turut dibintangi oleh Shaheizy Sam, Johan Raja Lawak, Aaron Aziz dan Diana Danielle. Persembahannya dalam filem ini melayakkan Salina memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21.[6]

Salina muncul dalam dua filem yang ditayangkan serentak pada 2011, iaitu filem seram Khurafat: Perjanjian Syaitan di mana wataknya sebagai Zura, rakan karib Anna lakonan Sabrina Ali dan komedi romantik Aku Bukan Tomboy, Salina memegang watak Sam, seorang gadis pengkid yang mempunyai perasaan terhadap Farisha lakonan Scha Al-Yahya. Filem ini memerlukan beliau memakai bengkung.[7]

Beliau membintangi telefilem Asmara Beijing arahan Datuk Yusof Haslam, bersama Syamsul Yusof dan Norman Hakim, telefilem yang disiarkan di Astro Citra mengisahkan tentang Dira yang membawa dirinya ke Beijing, China selepas merajuk dengan cintanya kepada Rizal, telefilem ini menjalani penggambaran di Beijing dan selebihnya dilakukan di Kuala Lumpur.[8] Beliau kembali menjayakan peranan Amy dalam filem Jalan Kembali: Bohsia 2 yang ditayangkan pada 7 Jun 2012.[9]

Rujukan

WikiPedia: Salina_Saibi http://www.beritasini.com/2013/03/anak-pelakon-sal... http://www.imdb.com/name/nm3436716/ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&d... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&d... http://mstar.com.my/hiburan/tengokwayang/cerita.as... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/jalan-kembal... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/jiwa-salina-... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt...