Karier Sam_Claflin

Claflin membuat penampilan lakonan pertamanya pada tahun 2010 apabila beliau muncul dalam minisiri TV, The Pillars of the Earth sebagai Richard dan dalam siri TV, Any Human Heart sebagai Logan Mountstuart muda. Penampilan beliau yang seterusnya adalah sebagai Duncan Edwards dalam drama TV BBC, United.

Pada bulan April 2010, beliau dipilih untuk watak Phillip Swift dalam filem 2011, Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides. Pada tahun 2012, beliau muncul sebagai Jack dalam siri 6-episod, White Heat. Kemudiannya pada tahun itu, beliau melakonkan peranan pembantu dalam filem 2012, Snow White and the Huntsman sebagai William. Juga pada tahun 2012, beliau dipilih untuk watak utama dalam The Quiet Ones yang ditayangkan pada bulan April 2014.[1]

Pada 22 Ogos 2012, Lionsgate mengumumkan bahawa Claflin telah dipilih untuk watak Finnick Odair dalam siri filem The Hunger Games bermula dengan The Hunger Games: Catching Fire.[2][3] Filem ini ditayangkan pada bulan November 2013 dan lakonan Claflin sebagai Finnick menerima ulasan positif.[4][5] Claflin menyambung wataknya dalam The Hunger Games: Mockingjay – Part 1, ditayangkan pada bulan November 2014 dan Part 2, ditayangkan pada bulan November 2015.[6]

Pada bulan Februari 2013, ia telah diumumkan bahawa Claflin telah dipilih untuk watak Alex dalam Where Rainbows End.[7] Pada bulan berikunya, beliau membintangi filem TV, Mary and Martha sebagai Ben yang disiarkan oleh BBC One.[8] Pada tahun 2014, Claflin membintangi filem romantik komedi, Love, Rosie. Beliau menerima pujian kritis untuk lakonannya sebagai Alistair Ryle dalam The Riot Club.

Rujukan

WikiPedia: Sam_Claflin http://www.biography.com/people/sam-claflin-210447... http://www.cnn.com/2013/11/22/showbiz/movies/hunge... http://www.hollywoodreporter.com/heat-vision/catch... http://www.hollywoodreporter.com/news/sam-claflin-... http://www.imdb.com/name/nm3510471/ http://www.mediabistro.com/galleycat/cecelia-ahern... http://www.rottentomatoes.com/m/the_hunger_games_c... http://www.usmagazine.com/entertainment/news/sam-c... http://uk.movies.yahoo.com/hunger-games-mockingjay... http://www.webcitation.org/6A7I8Ezkz