Keluarga Sasha_Saidin

Beliau kakak kepada pelakon Zain Saidin. Ibunya Siti Aishah Abdullah. Mereka menetap di Bukit Komanwel, Kuala Lumpur.

Sasha berkahwin dengan Salyo Priyanto Nutosoemarsono, dan mereka berdua pernah menyertai rancangan realiti TV Sehati Berdansa pada 2011. Salyo merupakan warganegara Indonesia dan mereka telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, berusia tiga tahun.

Sebelum perkahwinan itu Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka berpisah empat tahun kemudian.[2]