Kerjaya Sasqia_Dahuri

Kemunculan pertama Sasqia dalam bidang lakonan ialah menerusi dua filem lakonannya pada 2011—Senario Ops Pocot arahan Ismail Bob Hasim, kemudian diikuti oleh filem Kongsi arahan Dato' Farid Kamil. Bagaimanapun, beliau terpaksa berundur seketika daripada dunia seni sambil menyatakan belum cukup bersedia berdepan dengan kehidupan sebagai artis pada waktu itu.

Drama pertama lakonan Sasqia ialah Manis yang disiarkan di Astro Ria. Beliau kemudiannya ditawarkan watak antagonis bernama Gina dalam drama Ayuni Safira pada 2014. Drama pertama selepas kemunculan semula beliau mendapat maklum balas yang baik daripada penonton. Begitu juga keadaannya apabila beliau diberi peluang sekali lagi membawakan watak antagonis dalam drama Cik Bunga Encik Sombong.[5]

Peluang sebegitu tidak dilepaskan kerana misinya mahu membuka mata khalayak tentang kemampuan lakonannya. Beliau sekali lagi muncul dengan watak antagonis bernama Tina dalam drama Dhia Sofea.[6] Sasqia menjayakan peranan sebagai Felisha, bekas kekasih kepada Iskandar dalam siri telenovela Astro Ria, Lara Aishah yang dibintangi oleh Fasha Sandha dan Nazim Othman.[7]

Sasqia juga muncul dalam filem fantasi pendek arahan Feisal dan Iskander Azizuddin, Through The Forest yang dikeluarkan pada 25 Disember 2016, beliau memegang watak sebagai Fia. Pada tahun 2017, beliau membintangi drama kepolisan Gerak Khas menerusi episod dua bahagian, "Love Scam" di TV2, beliau memegang watak sebagai Sofia, seorang pengusaha butik fesyen.

Sasqia bersama pelakon Zul Ariffin dan Elizabeth Tan membintangi filem seram thriler, Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof yang ditayangkan pada 21 Februari 2019. Beliau memegang watak sebagai Dilaila kedua dan Inspektor Farah.[8]

Rujukan

WikiPedia: Sasqia_Dahuri http://www.imdb.com/name/nm8694423/ http://www.hmetro.com.my/node/78928 http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/sasqia-dahur... http://www.utusan.com.my/hiburan/sasqia-dahuri-ada... http://www.utusan.com.my/hiburan/sasqia-dahuri-suk... http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/antara-... http://babab.net/artikel/biodata-penuh-pelakon-sas... https://www.facebook.com/SasqiaDahuri https://www.instagram.com/SasqiaDahuri/