Sayap_delta
Sayap_delta

Sayap_delta

Sayap delta merupakan satu rekabentuk sayap yang digunakan pada pesawat kepak kaku, terutamanya pesawat pejuang. Ia berbentuk segitiga. Pesawat sayap delta terdiri daripada dua jenis iaitu rekabentuk sayap delta "tanpa ekor" (bermakna pesawat ini tidak memiliki satah mendatar pada bahagian ekor) dan "berekor". Kebanyakan pesawat-pesawat Mirage yang dikeluarkan oleh firma Dassault Aviation dari Perancis memiliki sayap delta (contohnya Dassault Mirage III, Dassault Mirage V, Dassault Mirage 50 dan Dassault Mirage 2000).