Sejarah Schnauzer_sederhana

Pincer berbulu dawai, ilustrasi oleh Ludwig Beckmann [de] daripada karya beliau Geschichte und Beschreibung der Rassen des Hundes, 1895

Schnauzer berasal dari Jerman selatan;[9] ia mengongsi sejarah bersama dengan pincer Jerman.[10] Anjing jenis ini, kedua-dua berbulu kasar dan berbulu licin, secara tradisional dibela sebagai anjing pedati atau sebagai anjing kandang kuda dan kadang-kadang dikenali sebagai Stallpinscher ("pincer kandang kuda"); ia merupakan anjing pemburu tikus berkemampuan.[10] Kedua-dua jenis dikenali sebagai deutscher Pinscher ("pincer Jerman") dan berasal daripada zuriat sama; anak-anak anjing berbulu kasar dan berbulu licin boleh hadir dalam perinduk sama.[10] Jenis berbulu kasar, yang kemudiannya menjadi schnauzer, juga dikenali sebagai Rattler ("[anjing] pemburu tikus").[10][11]:152

Pada tahun 1880, pincer dicatatkan dalam Deutschen Hundestammbuch ("Buku Pembaka Anjing Jerman") bagi Verein zur Veredelung der Hunderassen[12] dan piawaian baka pertama dirangka.[7]:482 Pelbagai warna diperihalkan untuk jenis berbulu kasar, termasuk kelabu besi, perak kelabu, kuning kelabu, kuning jagung, dan kuning karat.[7]:482 Pada tahun 1895, Ludwig Beckmann [de] memerihalkan lima keragaman pincer – pincer berbulu kasar dan berbulu licin, pincer katik berbulu kasar dan berbulu licin, dan pincer monyet.[10][11]:152 Juga pada tahun 1895, sebuah pertubuhan baka, Pinscherklub, ditubuhkan untuk kedua-dua jenis, kedua-dua berbulu kasar dan berbulu licin.[12][13] Sebuah lagi persatuan, Schnauzerklub München, dibentuk di Munich pada tahun 1907 oleh para pembiak baka Mittelschnauzer ("schnauzer sederhana").[13] Pada tahun 1917, dengan edisi keenam bagi buku pembaka, nama bagi baka berbulu kasar diubah secara rasmi daripada rauhaariger Pinscher kepada Schnauzer.[7]:482 Pada tahun 1918, Pinscherklub dan Schnauzerklub München bergabung untuk membentuk Pinscher-Schnauzer-Verband, yang, pada tahun 1921, mengubah namanya kepada Pinscher-Schnauzer-Klub 1895 e.V. yang masih terpakai sampai sekarang.[13]

Dalam tempoh antara perang, schnauzer lada dan garam berkembang pesat, manakala yang hitam kurang kerap terlihat; selepas penamat Perang Dunia Kedua, yang sebaliknya adalah benar.[13] Schnauzer diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1955.[14] Dalam tempoh lima belas tahun dari tahun 2007 hingga tahun 2021, pendaftaran tahunan di Jerman berbeza antara 370 dengan 582, dengan purata tahunan sebanyak 464.[15]

Sejak tahun 2014, schnauzer lada dan garam telah berada dalam Senarai Merah bagi Gesellschaft zur Erhaltung alter und gefährdeter Haustierrassen.[16] Pada tahun 2022, status pemuliharaannya disenaraikan sebagai gefährdet, 'terancam', kategori keterancaman ketiga tertinggi bagi pertubuhan itu.[4] Pada tahun 2018, sejumlah 201 ekor anak anjing lada dan garam dilahirkan dalam 26 perinduk.[17]

Beberapa ekor schnauzer dieksport ke Amerika Syarikat sebelum meletusnya Perang Dunia Pertama. Pada tahun 1925, Wire-Haired Pinscher Club of America dimulakan, meliputi kedua-dua schnauzer bersaiz piawaian dan katik; pada tahun 1933, kelab itu terbahagi kepada dua buah kelab berasingan, salah sebuah daripadanya merupakan Standard Schnauzer Club of America.[18]:108

Rujukan

WikiPedia: Schnauzer_sederhana http://www.westminsterkennelclub.org/history/biswi... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Standa... https://web.archive.org/web/20071225033923/http://... https://web.archive.org/web/20221016160749/https:/... https://www.fci.be/Nomenclature/Standards/182g02-e... https://www.fci.be/Nomenclature/Standards/182g02-d... https://books.google.com/books?id=hbjhBgAAQBAJ&pg=... https://books.google.com/books?id=kQk2AQAAIAAJ https://www.fci.be/en/nomenclature/SCHNAUZER-182.h... https://web.archive.org/web/20220216185440/https:/...