Kerjaya Seelan_Paul

Seelan memulakan kerjaya awalnya sebagai guru Pendidikan Jasmani. Kerjaya radio beliau bermula dengan berkhidmat sebagai penyampai radio di stesen radio swasta pertama negara, Era semasa stesen radio itu memulakan siarannya pada 1 Ogos 1998, dan berkhidmat selama 7 tahun. Beliau merupakan antara barisan penyampai terawal Era termasuk Halim Othman, Faizal Ismail, Khairil Rashid, Linda Onn, David Low, Subarma Mokhtaruddin, Jamal Jamaluddin, Nadira Azizan, Kudsia Kahar dan Najman Mohamed.

Seelan memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi filem Trauma (2004) arahan Aziz M. Osman dan Potret Mistik (2005) arahan Abdul Razak Mohaideen.

Beliau menyertai Media Prima pada 1 Ogos 2005 dan memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi, empat tahun kemudian dan seterusnya dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima pada tahun 2011. Beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima pada 30 Disember 2013.[2] Beliau juga pernah mengacarakan rancangan Kaki Bola di TV9.[3]

Seelan menerajui tiga inisiatif digital baharu pada Mac 2017 yang bertujuan untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan sedia ada rangkaian radio dengan memanfaatkan gangguan digital semasa.[4] Sebagai pengiktirafan sumbangan Seelan terhadap industri radio tempatan, beliau dilantik sebagai Presiden Radio Komersial Malaysia pada Oktober 2015. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia.