Selangor
Selangor

Selangor


Negeri Selangor (juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan Jawi: سلاڠور) merupakan salah sebuah negeri daripada tiga belas negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.[7] Negeri ini juga bersempadan dengan Negeri Perak di utara, Pahang di timur, Negeri Sembilan di selatan dan Selat Melaka di sebelah barat.Negeri ini mengamalkan sistem raja berperlembagaan sejak turun-temurun dan kini di bawah naungan Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. Sejak 10 Mac 2008, Pakatan Rakyat (PR) telah mengambil alih negeri ini daripada pemerintahan Barisan Nasional (BN). Menteri Besar terkini adalah Amirudin Shari yang dilantik sejak 18 Jun 2018.Ibu negeri Selangor ialah Shah Alam dan merupakan bandar raya pertama di negeri ini. Bandar diraja negeri ini ialah Klang. Bandar utama yang lain ialah Petaling Jaya, yang mendapat status sebagai bandar raya kedua di negeri ini pada 20 Jun 2006. Petaling Jaya merupakan sebuah bandar satelit untuk Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada tahun 1952. Statusnya sebagai sebuah bandar pertama yang mempunyai perancangan dan kedudukan strategik antara Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang telah membuka banyak peluang pembangunan. Selangor merupakan satu daripada dua buah negeri yang mempunyai lebih daripada satu bandar raya, selain daripada Sarawak. Selangor juga mempunyai pembangunan yang pesat daripada pemodenan di kawasan Lembah Klang.Selangor juga merupakan negeri yang paling kaya di Malaysia berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita. Negeri ini juga merupakan negeri yang paling maju di Malaysia. Hal ini kerana dengan adanya infrastruktur yang terbaik seperti lebuhraya dan pengangkutan awam yang menghubungkan bandar-bandar di Selangor dengan ibu negeri Malaysia, Kuala Lumpur, pusat pemerintahan kerajaan pusat, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Cyberjaya. Selain itu, negeri ini juga dilihat mempunyai ciri kemajuan yang terbaik, dengan pembinaan pasaraya PKNS, Plaza Alam Sentral, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang merupakan masjid rasmi negeri Selangor, dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah kerana Baginda mahu melihat satu mercu tanda yang melambangkan Islam di negeri Selangor dapat direalisasikan dan berdiri megah di Shah Alam serta kempen 'Go Green' atau negeri tanpa plastik bagi menggalakkan rakyatnya membawa beg sendiri. Bilangan penduduk di negeri ini juga merupakan yang paling ramai di Malaysia dengan taraf hidup yang sangat tinggi dan kadar kemiskinan di negeri ini adalah yang paling rendah di Malaysia. Selangor juga telah menyumbang lebih daripada 23% dalam sektor ekonomi di Malaysia, ini menjadikan ia sebagai negeri paling banyak memperoleh hasil di Malaysia.[perlu rujukan]

Selangor

• Jenis Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen
Kod ISO 3166 KP (MY-10, 41–44)[5]
Pendaftaran kenderaan B[6]
Zon waktu UTC+8 (MST)
Demonym(s) Rakyat Selangor
• Menteri Besar Amirudin Shari (PH-PKR)
• HDI (2000) 0.817
• Anggaran (2018) 6,518,500
Pembentukan Kesultanan Selangor 1743
• Sultan Sultan Sharafuddin Idris Shah
Kerusi Shah Alam
• Jumlah 8,104 km2 (3,129 batu persegi)
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Kod panggilan 03[4]
Daerah
Laman web www.selangor.gov.my
Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1895
Poskod
4xxxx, 55100 (Pandan), 63xxx (Cyberjaya), 64000 (KLIA), 53100 dan 68xxx(Gombak)[3]