Demografi Selangor

Selangor adalah negeri yang paling ramai penduduk di Malaysia; disumbangkan oleh bandar gabungan terbesar negara, Lembah Klang. Kedudukan geografi Selangor di tengah Semenanjung Malaysia menyumbang kepada pembangunan pesat negeri sebagai pusat ekonomi dan pengangkutan Malaysia. Pembangunan yang pesat ini menyumbang kepada penciptaan jutaan pekerjaan, menarik pekerja migran daripada negeri lain dan juga daripada negara-negara berdekatan seperti indonesia, Vietnam, Filipina, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan dan China. Dasawarsa ini, negeri Selangor telah menerima kemasukan banyak pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja sebagai tenaga buruh di Malaysia.

Populasi Selangor semakin meningkat dengan kadar yang pesat dalam beberapa tahun, disebabkan oleh pembangunan pesat yang berlaku di Lembah Klang. Mengikut statistik daripada Jabatan Statistik Malaysia, jumlah penduduk di negeri Selangor adalah 6.39 juta orang pada tahun 2017[13], menjadikan negeri paling tinggi taburan penduduk di Malaysia dimana 19.9% penduduk Malaysia tinggal di dalam negeri Selangor [14]. Mengikut statistik yang sama, populasi Selangor meningkat pada kadar 1.4% pada tahun 2016 - 2017[15]. Pada tahun 2016, net migrasi Selangor telah diunjurkan kepada 19,400 orang, menjadikan negeri Selangor negeri pilihan migran antaranegeri[16]. Secara purata, Selangor mempunyai 674 penduduk setiap km², menjadikannya negeri ketiga terpadat di Malaysia, selepas Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang [15].

Kaum/ EtnikPopulasi
2010[17]2015[18]
Melayu2,814,59751.34%3,069,10052.24%
Bumiputera Lain62,6571.14%77,5001.32%
Jumlah Bumiputera2,877,25452.48%3,146,60053.57%
Cina1,441,77428.6%1,499,40025.52%
India679,13013.5%712,00012.12%
Lain-Lain42,1630.8%41,4000.70%
Jumlah Warganegara5,040,32192.20%5,399,40091.92%
Bukan Warganegara421,8207.80%474,7008.08%
Jumlah5,482,141100.00%5,874,100100.00%

Pada tahun 2016, kadar kelahiran penduduk Selangor adalah 16.6 orang lahir setiap 1,000 orang dan kadar kematian penduduk Selangor adalah 4.1 kematian setiap 1,000 orang. Kadar kelahiran telah menurun sejak tahun 2014 iaitu 18.0 (2014) kepada 16.6 (2016) setiap 1,000 orang. Kadar kematian pula telah dicatatkan meningkat sejak tahun 2013 iaitu 3.7 (2013) kepada 4.1 (201) setiap 1,000 orang. Jumlah kadar kesuburan di Selangor kekal dibawah tahap mampan pada 1.7 bayi pada tahun 2016. Kadar ini telah menurun 0.1 berbanding tahun lepas[13].

Populasi Selangor tertumpu di Lembah Klang dimana majoriti penduduk Selangor tinggal. Hampir 91.4 peratus penduduk tinggal di bandar [13]. Shah Alam adalah ibu negeri dan bandaraya kedua terbesar di Selangor selepas Petaling Jaya dengan jumlah penduduk sebanyak 541,306 penduduk [19]. Bandaraya Klang dengan jumlah penduduk sebanyak 276,729 orang pula dijadikan bandar diraja Selangor dimana Istana Alam Shah terletak [19].

Agama

Kepercayaan Masyarakat Selangor - Bancian 2010 [20]
AgamaPeatusan
Islam
  
57.9%
Buddha
  
24.4%
Hinduisme
  
11.6%
Kristian
  
3.8%
Tidak Diketahui
  
1.0%
Agama Rakyat Cina
  
0.5%
Lain-Lain
  
0.4%
Ateis
  
0.4%

Mengikut bancian tahun 2010, peratusan jumlah penganut agama di negeri Selangor adalah 57.9% Islam, 24.4% Buddha, 11.6% Hindu, 3.8% Kristian, 1% kepercayaan tidak diketahui, 0.5% agama tradisional Cina, 0.4% agama lain dan 0.4% tidak beragama[21]. Semua penduduk Melayu adalah penganut agama Islam kerana Perkara 160 Perlembagaan Malaysia menentapkan orang Melayu mestilah beragama Islam.[22][23]