Sefuroksim
Sefuroksim

Sefuroksim

Sefuroksim, antaranya dijual di bawah jenama Zinacef, merupakan sebuah antibiotik yang digunakan untuk merawat dan mencegah beberapa jenis jangkitan bakteria,[1] yang termasuk radang peparu, meningitis, otitis media, sepsis, jangkitan saluran kencing dan penyakit Lyme.[2] Ia digunakan melalui mulut atau suntikan ke dalam vena atau otot.[2]Kesan sampingan umum termasuklah loya, cirit-birit, tindak balas alahan, dan sakit di tapak suntikan.[2] Kesan sampingan yang serius mungkin termasuk jangkitan Clostridium difficile, anafilaksis dan sindrom Stevens-Johnson.[2] Penggunaan semasa mengandung dan penyusuan bayi dipercayai selamat.[3] Ubat ini merupakan sefalosporin generasi kedua dan berfungsi dengan mengganggu keupayaan bakteria untuk membuat dinding sel yang mengakibatkan kematiannya.[2]Sefuroksim telah dipatenkan pada tahun 1971, dan diluluskan untuk kegunaan perubatan pada tahun 1977.[4] Ia berada dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia.[5] Ia boleh didapati sebagai ubat generik.[1] Seminggu rawatan dengan ubatan tersebut yang diambil melalui gastrousus menelan kos NHS kira-kira £18 pada 2019 di United Kingdom.[1] Di Amerika Syarikat, kos borong bagi jumlah dos seminggu ini ialah kira-kira memakan kos sekitar AS$8.50.[6] Pada 2017, ia merupakan ubat ke-342 yang paling kerap dipreskrib di Amerika Syarikat, dengan lebih daripada 800 ribu preskriban setahun.[7]

Sefuroksim

Status perundangan
  • AU: S4 (Preskripsi sahaja)
  • Rx sahaja
Model 3D (JSmol)
Bioketersediaan 37% apabila perut kosong, sehingga 52% apabila diambil selepas makan
Nama dagang Zinacef, Ceftin, dan lain-lain
CompTox Dashboard (EPA)
ECHA InfoCard 100.054.127
Kelas ubat Antibiotik (sefalosporin generasi ke-2)
Penyingkiran separuh hayat 80 minit
MedlinePlus a601206
Kaedahpemberian Intraotot, Intravena, melalui mulut
Formula C16H16N4O8S
AHFS/Drugs.com Monograph
Perkumuhan Melalui air kencing, 66–100% tidak berubah
Jisim molar 424.38 g·mol−1
Data lesen
Kategorikehamilan
  • B

Rujukan

WikiPedia: Sefuroksim https://www.drugs.com/monograph/cefuroxime-sodium.... https://www.drugs.com/pregnancy/cefuroxime.html https://web.archive.org/web/20190322212217/https:/... https://web.archive.org/web/20190322212231/https:/... https://web.archive.org/web/20190302210506/https:/... https://web.archive.org/web/20190306044447/https:/... https://web.archive.org/web/20200619102530/https:/... https://books.google.ca/books?id=FjKfqkaKkAAC&pg=P... https://hdl.handle.net/10665%2F325771 https://data.medicaid.gov/Drug-Pricing-and-Payment...