Sejarah Seine-Maritime

Jabatan Seine-Inférieure telah dicipta sewaktu Revolusi Perancis, pada 4 Mac 1790 berikutan penguatkuasaan Undang-undang bertarikh 22 Disember 1789, daripada sebahagian provinsi Normandie.

Selepas kemenangan dalam Seratus Hari di pertempuran Waterloo (18 Jun 1815), jabatan diduduki oleh tentera British dari Jun 1815 ke November 1818.

Selepas rampasan kuasa pada 2 Disember 1851 oleh Napoléon III, jabatan Seine-Maritime dijadikan sebahagian daripada jabatan-jabatan yang diletakkan dalam keadaan bejaga-jaga untuk mengelakkan sebarang pemberontakan[1].

Jabatan ini telah diberi nama « Seine-Maritime » pada 18 Januari 1955. Berdasarkan perundingan yang diadakan melalui surat dan internet pada Disember 2005, para pengundi telah bersetuju untuk memanggil penduduk jabatan ini « Seinomarins »[2].