Sejarah_Asia
Sejarah_Asia

Sejarah_Asia

Sejarah Asia boleh dilihat sebagai perkumpulan sejarah beberapa kawasan pinggiran pantai berbeza seperti, Asia Timur, Asia Selatan, dan Timur Tengah yang dihubungkan dengan rantau pedalaman padang steppe Eurasia. Pinggir pantai menjadi tempat membangunnya tamadun yang paling awal di dunia, dengan tiga buah rantau membangun tamadun awal di sekitar lembah sungai yang subur. Lembah-lembah ini subur kerana tanahnya kaya dan dapat menampung banyak tanaman akar. Tamadun di Mesopotamia, India, dan China berkongsi banyak persamaan dan mungkin bertukar teknologi dan idea seperti matematik dan roda. Lain-lainnya seperti tulisan mungkin dibangunkan secara tersendiri di setiap kawasan. Bandar-bandar, negeri-negeri dan kemudian empayar berkembang di kawasan tanah rendah ini. Rantau steppe pula telah lama didiami oleh nomad, dan dari steppe tengah mereka dapat sampai ke semua kawasan di benua Asia. Bahagian utara benua, yang meliputi kebanyakan kawasan Siberia juga tidak dapat dimasuki oleh nomad steppe akibat hutan yang tebal dan tanah tundra. Kawasan-kawasan ini di Siberia sangat jarang penduduknya. Pusat dan pinggirnya dipisahkan oleh gunung dan padang pasir. Kaukasus, Himalaya, Gurun Karakum, dan Gurun Gobi membentuk halangan yang mungkin hanya golongan nomad berkuda yang boleh rentasi. Walaupun dari segi teknologi dan budaya, penduduk bandar lebih maju, mereka hanya kurang membangunkan kekuatan ketenteraan yang mampu mempertahankan mereka daripada gerombolan berkuda steppe. Walau bagaimanapun, dataran rendah tidak mempunyai padang rumput terbuka yang cukup untuk menyokong kumpulan berkuda yang besar. Oleh itu, para nomad yang menakluki negeri-negeri di Timur Tengah terpaksa beradaptasi dengan masyarakat setempat. Sejarah Asia akan memaparkan perkembangan utama yang dilihat di bahagian lain di dunia, serta peristiwa yang akan mempengaruhi kawasan-kawasan lain. Ini termasuk perdagangan Jalan Sutera, yang menyebarkan budaya, bahasa, agama, dan penyakit sepanjang perdagangan Afro-Eurasia. Satu lagi kemajuan utama adalah inovasi serbuk letupan di zaman pertengahan China, yang membawa kepada peperangan maju melalui penggunaan senjata api.

Rujukan

WikiPedia: Sejarah_Asia http://www.kaogu.cn/en/detail.asp?ProductID=982 http://library.thinkquest.org/11372/data/history.h... http://www.uparchaeology.org/archae.pdf https://www.amazon.com/History-Asia-Rhoads-Murphey... https://www.amazon.com/History-Christianity-Asia-V... https://books.google.com/books?id=SXdVS0SzQSAC https://books.google.com/books?id=cYoHOqC7Yx4C https://web.archive.org/web/20110512174808/http://... https://web.archive.org/web/20110613040512/http://... https://web.archive.org/web/20130509014129/http://...