Sejarah Azerbaijan adalah
sejarah negara ini. Sejarah awal penduduk daerah yang kini dikenali sebagai
Azerbaijan ialah bangsa
Albania Kaukasia, bangsa penutur bahasa-bahasa
Kaukasus yang muncul di daerah ini sebelum rombongan besar orang yang akhirnya menyerang Kaukasus. Secara sejarah Azerbaijan telah dilindungi pelbagai bangsa, termasuk bangsa
Parsi,
Greek,
Rom,
Armenia,
Arab,
Turki,
Mongol dan
Rusia.Kerajaan pertama yang muncul di Republik Azerbaijan masa kini ialah
Mannae pada
milenium ke-9 SM, berlangsung hingga
610-an SM saat menjadi bahagian
Empayar Media, yang kemudian menjadi sebahagian
Empayar Parsi pada
549 M.
Satrapi Atropatene dan
Albania Kaukasia ditubuhkan pada
abad ke-4 SM dan termasuk lebih kurang wilayah negara kebangsaan Azerbaijan dan bahagian selatan
Dagestan masa kini.
Islam tersebar cepat di Azerbaijan menyusul futuhat pada
abad ke-7–
8. Selepas kekuasaan
Kekhalifahan Arab menyusut, beberapa negara semimerdeka telah terbentuk, kesultanan
Shirvanshah menjadi salah satu darinya. Pada
abad ke-11,
Turki Seljuk yang menakluk menjadi kekuatan dominan di Azerbaijan dan meletakkan dasar etnik
Azerbaijan masa kini. Pada
abad ke-13–
14, negeri ini diserang bangsa
Mongol-
Tatar.Azerbaijan ialah bahagian Kesultanan Parsi
Safavid selama
abad ke-15–
18. Juga mengalami masa singkat perpecahan bangsawan pada pertengahan
abad ke-18 hingga awal
abad ke-19, dan terdiri atas kekhanan-kekhanan yang merdeka. Berikutan
Perang Parsi-Rusia antara Kesultanan Parsi Qajar, seperti
Ganja,
Quba,
Baku dan kekhanan-kekhanan merdeka lain, dan
Empayar Rusia, Azerbaijan direbut Rusia melalui
Perjanjian Gulistan pada
1813, dan
Perjanjian Turkmenchay pada
1828, dan beberapa perjanjian yang lebih awal antara tsar Rusia dan para khan berakhir pada dekad pertama abad ke-19. Pada
1873, minyak ("emas hitam") ditemui di bandar
Baku, ibu negara Azerbaijan nantinya. Dari awal
abad ke-20 hampir separuh simpanan minyak dunia disuling di Baku.Setelah jatuhnya Empayar Rusia semasa
Perang Dunia Pertama, Azerbaijan bersama Armenia dan Georgia menjadi sebahagian
Republik Persekutuan Demokratik Transkaukasia (RFDT) yang berumur pendek. Saat republik itu bubar pada
Mei 1918, Azerbaijan menyatakan kemerdekaan sebagai
Republik Demokratik Azerbaijan (RDA). RDA ialah negara republik berpenduduk majoriti Muslim pertama di dunia dan hanya berlangsung 2 tahun, dari
1918 hingga
1920, sebelum
Tentera Merah menyerang Azerbaijan. Pada
Mac 1922, Azerbaijan, bersama-sama dengan Armenia dan Georgia, menjadi sebahagian
Republik Sosialis Persekutuan Soviet Transkaukasia (RSFST) dalam
Kesatuan Soviet yang baru terbentuk. Pada
1936, RSFST bubar dan Azerbaijan menjadi republik bahagian RSUS sebagai
Republik Sosialis Soviet Azerbaijan (RSSA).Selama
Perang Dunia Kedua,
Jerman Nazi menyerang Kesatuan Soviet. Tujuan utama serangan
Operasi Edelweiss Adolf Hitler ialah mencaplok ibukota kaya minyak Azerbaijan, Baku. Kerana alasan perang, pekerja minyak Soviet diwajibkan bekerja tanpa henti dan warganegaranya menggali parit dan rintangan antitank untuk menghalau kemungkinan serangan musuh. Namun, Operasi Edelweiss gagal. Pasukan Jerman pertama kali gagal di pergunungan
Kaukasus, mereka kalah teruk dalam
Pertempuran Stalingrad.Pada
1990, orang Azeri berkumpul untuk memprotes kekuasaan Soviet dan menuntut kemerdekaan. Secara brutal demonstrasi itu ditindas oleh campur tangan Soviet dalam peristiwa yang kini disebut orang Azeri sebagai
Januari Hitam. Namun pada
1991, Azerbaijan mengisytiharkan kemerdekaannya saat jatuhnya Kesatuan Soviet. Malangnya, tahun-tahun awal kemerdekaan dialihkan dengan
perang terhadap Armenia dan gerakan pemisah Armenia atas kawasan
Nagorno-Karabakh. Meski ada
gencatan senjata di tempat sejak
1994, Azerbaijan belum menyelesaikan konflik dengan Armenia atas wilayah yang dominannya orang Armenia. Sejak akhir perang, Azerbaijan kehilangan kawalan 14 - 16% wilayahnya termasuk Nagorno-Karabakh sendiri.
[1][2] Sebagai akibat konflik, kedua-dua negara menghadapi masalah
pelarian dan orang terlantar seperti kesulitan ekonomi.Namun, bekas pemimpin Azeri Soviet
Heydər Əliyev mengubah pola ini di Azerbaijan dan mula mengeksploitasi cadangan minyaknya yang kaya di Baku, sesuatu yang membuat Azerbaijan terkenal. Heydər Əliyev juga membersihkan perjudian dan boleh menekan kadar pengangguran di negara itu. Ia juga mencari hubungan lebih dekat dengan Turki saat secara serentak membuat usaha menyelesaikan konflik
Karabakh secara damai dengan Armenia. Namun, keadaan politik di Azerbaijan tetap tegang khususnya setelah Heydar Aliyev, saat kematiannya, memilih anaknya
Ilham menyandang jawatan presiden. Kekuatan pembangkang Azeri tak puas dengan pergantian dinasti ini dan menuntut pemerintahan demokrasi.