Penduduk asal pulau
Barbados adalah suatu puak yang dipanggil
Arawak Indian. Puak ini kemudiannya dihalau oleh puak
Carib Indian pada awal abad ke-14. Pada awal abad ke-15 penakluk dari
Sepanyol tiba di Barbados dan telah mengambil puak Carib menjadi
hamba abdi. Akibatnya, saki-baki puak ini telah berpindah ke pulau-pulau yang berdekatan.Penjelajah
Portugal,
Pedro a Campos telah berhenti dipulau ini pada tahun 1536 sewaktu perjalanannya ke Brazil. Beliau telah menamakan pulau ini Los Barbados ('mereka yang berjanggut'), mungkin setelah melihat pohon 'fig' di pulau ini, yang mempunyai akar bergantungan yang panjang berjuntai seperti janggut.Barbados merupakan pulau yang lengang sebelum rakyat
British mula menetap disini pada tahun
1627. Kapten
John Powell mendarat di Barbados pada
1625 dan mengishtiharkan pulau ini sebagai jajahan British. Dua tahun kemudian, abangnya Kapten Henry Powell mendarat dengan 80 peneroka dan 10
hamba abdi. Kumpulan tersebut telah menubuhkan penempatan Eropah yang pertama di
Jamestown, di pantai Barat dan sekarang dikenali sebagai Holetown. Pada akhir tahun
1628 penduduk
koloni ini bertambah menjadi 2000 orang.Selang beberapa tahun, penjajah telah menerangkan kebanyakan hutan belantaranya dan menanam
tembakau dan
kapas. Pada 1640-an mereka menanam semula ladang-ladang ini dengan
tebu. Ladang-ladang mereka, merupakan ladang
tebu terbesar di kepulauan Caribbean, dan pengeluaran gula menghasilkan untung yang amat lumayan bagi penanam dan peneroka di Barbados. Oleh kerana permintaan
gula yang tinggi, hamba-hamba abdi telah dibawa dari benua Afrika dan dikerjakan di ladang-ladang gula yang wujud hingga tahun 1834 apabila sistem perhambaan dihapuskan. Namun ekonomi Barbados masih bergantung kepada
gula, "
rum" dan "
molases" hingga kurun ke-20. Pada 1639, peneroka di pulau ini telah membentuk
Perhimpunan Legislatif, iaitu parlimen kedua yang ditubuhkan dalam jajahan British selepas Bermuda. Selama ini rakyat Barbados setia kepada Raja dan selepas
Raja Charles I dipancung pada 1649,
Oliver Cromwell,
Perdana Menteri Britain telah menghantar tenteranya ke Barbados untuk mendapat pengiktirafan mereka. Tenteranya tiba pada 1651 dan setahun kemudian 'Articles of Capitulation' telah ditandatangani, yang merupakan asas "Piagam Barbados". Piagam ini menjamin kerajaan Barbados diketuai oleh seorang
gabenor, perwakilan yang bebas , dan kebebasan dari
cukai tanpa kebenaran pihak tempatan. Bila sistem Raja dikembalikan pada 1660, Piagam ini telah memberi kebebasan yang lebih kepada
penduduk disini.Diskriminasi kaum amat berleluasa di pulau ini. Walaupun sistem
hamba abdi telah dilupuskan pada 1834, masih ramai
hamba abdi yang lebih selesa tinggal di ladang. Kaum kulit hitam yang enggan menjadi hamba, terpaksa tinggal di kawasan-kawasan
setinggan. Sewaktu
Kemelesetan Besar melanda dunia pada 1930-an, pengangguran bertambah dan keadaan hidup menjadi semakin meruncing hingga tercetusnya huru-hara di kepulauan ini. Untuk mengatasi ketidakstabilan politik, pihak British terpaksa beralah dengan pihak reformasi berkulit hitam dan melibatkan mereka ke dalam proses
politik negara. Salah seorang dari mereka adalah,
Grantley Adams, yang sedekad kemudian telah dilantik sebagai
Perdana Menteri Barbados yang pertama.Barbados telah mencapai status
kerajaan dalaman sendiri pada
1961 dan mencapai
kemerdekaan pada
1966. Selepas
Perang Dunia II industri gula mula menurun, manakala sektor
pelancongan telah meningkat naik. Pada awal 1990-an pelancongan telah menjadi sektor terbesar di Barbados.
Amerika Syarikat •
Antigua dan Barbuda •
Bahamas •
Barbados •
Belize •
Costa Rica •
Cuba •
Dominica •
El Salvador •
Grenada •
Guatemala •
Haiti •
Honduras •
Jamaika •
Kanada •
Mexico •
Nicaragua •
Panama •
Republik Dominica •
Saint Kitts dan Nevis •
Saint Lucia •
Saint Vincent dan Grenadines •
Trinidad dan Tobago