1881-1963 Sejarah_Sabah

Syarikat Perdagangan Amerika

Pada 1865, seorang konsul Amerika di Brunei, Claude Lee Moses telah berjaya menyewa Borneo Utara dari Sultan Brunei untuk tempoh 10 tahun. Kemudian beliau menjualnya kepada Syarikat Perdagangan Amerika (American Trading Company) yang dimiliki oleh J.W.Torrey, T.B. Harris dan beberapa orang pedagang Cina. Torrey memilih Kimanis, satu kawasan di barat daya Borneo Utara sebagai pangkalannya dan memulakan pembinaan penempatan lalu dinamakan 'Ellena'. Usaha mencari bantuan kewangan bagi membiayai pembangunan penempatan tersebut gagal lalu ditinggalkan. Dengan hampir menjelangnya tamat tempoh sewaan wilayah tersebut, Torrey berhasil menjual haknya kepada konsul Austria-Hungary di Hong Kong iaitu Baron Gustavus von Overbeck. Overbeck berjaya memperbaharui tempoh sewaan tersebut untuk 10 tahun dari Temenggong Brunei. Selain itu, Overbeck berhasil mendapatkan bantuan kewangan dari Dent bersaudara (Dent brothers - Alfred and Edward) bagi menampung perbelanjaan rancangan yang dirancang untuk Borneo Utara. Harris meninggal dunia pada tahun 1866 dan Torrey pulang semula ke Amerika Syarikat pada tahun 1877. Beliau meninggal di Boston, Massachusetts pada Mac 1884.

Alfred Dent dan sewaan

Bendera Borneo Utara

Akhirnya, Overback bersama Count Montgelas, dari Kedutaan Austro-Hungarian di London dan A.B. Mitford, seorang ahli politik kemudiannya telah bersetuju memberi hak-hak mereka kepada Alfred Dent.

Sebelum itu, Overback juga berminat untuk menduduki bahagian timur laut Borneo Utara, yang mana ketika itu diperintah oleh Kesultanan Sulu. Oleh itu, suatu perjanjian bersama antara Overback dan Sultan Sulu telah diadakan bagi mengambil wilayah tersebut pada 22 Januari 1878. Sebagai balasan daripada Overback kepada Senyediakan bantuan pertahanan kepada Sultan bagi melawan golongan "spaniards" dan memberikan (RM 5,300 setahun, nilai dalam dollar Mexico yang mana pada ketika itu bersamaan dengan nilai emas). Pajakan ini berterusan sehinggalah Sabah mengecapi kemerdekaan bersama Malaysia pada tahun 1963, bersama-sama dengan Singapura, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Sehingga kini, dikatakan kerajaan Malaysia masih membayar pajakan kepada Kesultanan Sulu.[7][8]

Selepas kekecewaan British terhadap Labuan, minat British terhadap Borneo Utara pudar sehinggalah pada bulan Julai 1881, apabila Alfred Dent dan adiknya menubuhkan British North Borneo Provisional Association Ltd dan mendapat status Charter pada 1 November 1881. Pada Mei 1882, sebuah syarikat perdagangan baharu pimpinan Alfred Dent, Syarikat Berpiagam Borneo Utara British mula mentadbir Borneo Utara. SBUB menggelarkan Sabah sebagai "Tanah di bawah bayu". Sir Rutherford Alcock dilantik sebagai Presiden pertama, dan Alfred Dent sebagai Pengarah urusan syarikat.

Protokol Madrid 1885

Pada 1885, perjanjian Protokol Madrid antara Britain, Jerman dan Sepanyol dimeterai untuk mengiktiraf kedaulatan Sepanyol ke atas Arkipelago Sulu dan pengaruh Sepanyol hanya terhad di bahagian itu. Artikel 3 khususnya mengesahkan Sepanyol melepaskan semua tuntutan ke atas Borneo; kepunyaan atau bekas kepunyaan Sultan Sulu (Jolo) juga dilepaskan termasuk semua kepulauan di bawah pentadbiran SBUB. Ketiga-tiga negara juga berjanji untuk berdagang sesama sendiri tanpa sekatan di Arkipelago dan Borneo Utara.[9]

Syarikat Berpiagam Borneo Utara British

Pada 1888, Borneo Utara telah menjadi negara naungan British di mana kerajaan British akan melindungi Borneo Utara di bawah pengaruh British. Pemerintahan Syarikat ini terhadap Borneo Utara telah memberi banyak pembangunan di kawasan ini. Borneo Utara diperintah melalui satu sistem secara hairaki (tidak langsung). Pada amnya pentadbiran berjalan dengan aman, namun begitu terdapat juga beberapa penentangan kecil. Penentangan yang serius termasuklah Perang Mat Salleh dari tahun 1894-1900 diikuti oleh penentangan Rundum yang dilakukan oleh suku Murut dalam tahun 1915.

Pihak SBUB berupaya memerintah Borneo Utara sehingga 1942, selama 60 tahun apabila Perang Dunia Kedua tercetus. Tentera Jepun mendarat di Labuan pada 1 Januari dan menduduki Borneo Utara sehingga ia dibebaskan oleh askar dari ‘9th Division Australian Imperial Forces (A.I.F)’ pada tahun 1945. Selepas Perang Dunia Kedua, Borneo Utara telah ditadbir oleh Pentadbiran Ketenteraan British (British Military Administration) sehingga 15 Julai 1946 apabila kerajaan sivil disambung semula.

Tanah Jajahan Mahkota British

Bacaan lanjut: Tanah Jajahan Mahkota British Borneo Utara

Pada 15 Julai 1946, Borneo Utara diletakkan di bawah Tanah Jajahan Mahkota British kerana SBUB tidak mampu membina semula kemusnahan Borneo Utara selepas Perang Dunia Kedua. Kemusnahan teruk yang dialami oleh bandar Sandakan telah menyebabkan Jesselton dipilih sebagai ibu negara selepas era Perang Dunia Kedua dan status ini kekal ke hari ini. Sistem pentadbiran penjajahan selepas perang adalah sama dengan sistem pentadbiran pada era SBUB. Pembinaan semula dan pembangunan negara Borneo Utara menjadi fokus utama para pentadbir.

Rujukan

WikiPedia: Sejarah_Sabah http://www.bt.com.bn/2013/03/07/sabah-and-sulu-cla... http://www.bt.com.bn/life/2008/09/07/loss_of_labua... http://www.bt.com.bn/life/2008/09/21/how_brunei_lo... http://www.asianjournal.com/cgi-bin/view_info.cgi?... http://www.epilipinas.com/SabahClaim.htm http://books.google.com/?id=SQ4t_OJgSjAC&pg=PA40&l... http://books.google.com/books?id=glG-WBH8hkQC&pg=P... http://archive.is/O4lWE http://archive.is/dZ4Xl http://books.google.com.my/books?id=JkGLA-mSe_AC&p...