Sekatan_Berlin
Sekatan_Berlin

Sekatan_Berlin

Sekatan Berlin (24 Jun 1948 – 12 Mei 1949) merupakan salah satu krisis besar pertama antarabangsa dalam Perang Dingin. Semasa pendudukan multinasional pasca-Perang Dunia II di Jerman, pihak Soviet Union menyekat laluan keretapi, jalan, dan terusan Sekutu Barat ke sektor-sektor Berlin dibawah kawalan Barat. Pihak Soviet menawarkan pembatalan sekatan jika Sekutu Barat menarik balik matawang Deutsche Mark yang baru diperkenalkan dari Berlin Barat.Sebagai tindak balas, Sekutu Barat mewujudkan angkutan udara Berlin (26 Jun 1948 – 30 September 1949) untuk membawa bekalan kepada orang-orang Berlin Barat, satu usaha yang sukar memandangkan saiz penduduk bandaraya itu.[1][2] Askar udara dari Tentera Udara Amerika Syarikat, Tentera Udara Diraja British, Tentera Udara Perancis,[3] Tentera Udara Diraja Kanada, Tentera Udara Diraja Australia, Tentera Udara Diraja New Zealand, dan Tentera Udara Afrika Selatan[4]:338 membuat lebih 200,000 penerbangan dalam masa setahun, membekalkan penduduk Berlin Barat sehingga 8,893 tan keperluan setiap hari, seperti bahan bakar dan makanan.[5] Pihak Soviet tidak mengganggu angkutan udara itu kerana bimbang ia mungkin membawa konflik yang terbuka.[6]Menjelang musim bunga 1949, angkutan udara itu jelas berjaya, dan pada April ia menghantar lebih banyak kargo yang sebelum ini dihantar melalui keretapi. Pada 12 Mei 1949, KRSS membatalkan sekatan Berlin Barat. Sekatan Berlin menyerlahkan persaingan visi ideologi dan ekonomi bagi Eropah pasca perang.

Rujukan

WikiPedia: Sekatan_Berlin http://www.german-way.com/airlift.html http://www.imdb.com/title/tt0272486/ http://www.fdrlibrary.marist.edu/psf/box31/t297c01... http://www.persee.fr/doc/hes_0752-5702_1994_num_13... http://media.defense.gov/2010/Oct/01/2001329741/-1... http://www.af.mil/News/ArticleDisplay/tabid/223/Ar... http://www.almc.army.mil/ALOG/issues/SepOct05/Berl... http://www.defenselink.mil/home/features/2008/0508... http://www.marines.mil/news/publications/Documents... http://www.luftbruecke.net