Sekatan Berlin (24 Jun 1948 – 12 Mei 1949) merupakan salah satu krisis besar pertama antarabangsa dalam
Perang Dingin. Semasa
pendudukan multinasional pasca-Perang Dunia II di Jerman, pihak
Soviet Union menyekat laluan keretapi, jalan, dan terusan
Sekutu Barat ke sektor-sektor
Berlin dibawah kawalan Barat. Pihak Soviet menawarkan pembatalan sekatan jika Sekutu Barat menarik balik matawang
Deutsche Mark yang baru diperkenalkan dari
Berlin Barat.Sebagai tindak balas, Sekutu Barat mewujudkan
angkutan udara Berlin (26 Jun 1948 – 30 September 1949) untuk membawa bekalan kepada orang-orang Berlin Barat, satu usaha yang sukar memandangkan saiz penduduk bandaraya itu.
[1][2] Askar udara dari
Tentera Udara Amerika Syarikat,
Tentera Udara Diraja British,
Tentera Udara Perancis,
[3] Tentera Udara Diraja Kanada,
Tentera Udara Diraja Australia,
Tentera Udara Diraja New Zealand, dan
Tentera Udara Afrika Selatan[4]:338 membuat lebih 200,000 penerbangan dalam masa setahun, membekalkan penduduk Berlin Barat sehingga 8,893 tan keperluan setiap hari, seperti bahan bakar dan makanan.
[5] Pihak Soviet tidak mengganggu
angkutan udara itu kerana bimbang ia mungkin membawa konflik yang terbuka.
[6]Menjelang musim bunga 1949, angkutan udara itu jelas berjaya, dan pada April ia menghantar lebih banyak kargo yang sebelum ini dihantar melalui keretapi. Pada 12 Mei 1949, KRSS membatalkan sekatan Berlin Barat. Sekatan Berlin menyerlahkan persaingan visi ideologi dan ekonomi bagi Eropah pasca perang.