Sekolah_Menengah_Pehin_Datu_Seri_Maharaja

Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja (SMPDSM) ialah sebuah sekolah menengah kerajaan yang terletak di Rancangan Perumahan Negara Mentiri, sebuah kawasan perumahan awam di Daerah Brunei dan Muara, Brunei. Sekolah ini menyediakan pendidikan menengah aliran biasa selama lima tahun dan diakhiri dengan pengambilan peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa (Bahasa Inggeris: Brunei-Cambridge General Certificate of Education Ordinary Level atau ringkasnya BC-GCE O Level). Pengetua semasa ialah Dayangku Norhasima binti Pengiran Hassan.[1]