Perasmian Sekolah_Menengah_Sains_Tapah

Pada 14 Oktober 2019, Sekolah Menengah Sains Tapah selamat dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Dewan Seri Bitara (dahulunya dikenali sebagai Dewan SESTA). Acara ini juga bersempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Perak.[3]

Majlis ini turut dihadiri Raja Muda Perak Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Zulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah disamping Menteri Besar Perak Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu.

Dalam ucapan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik yang disampaikan Timbalan Pengarah (Bahagian Operasi Sekolah) Kementerian Pendidikan Dr. Ahmad Rafee Che Kassim, beliau banyak menyebut mengenai sejarah umum SESTA serta pencapaian yang sangat membanggakan sepanjang 10 tahun operasi dari segi akademik mahupun kokurikulum.

Antara acara yang diadakan adalah acara perasmian utama, lawatan ke reruai aktiviti pelajar dan majlis santapan. Acara ini turut dijayakan pelbagai agensi kerajaan serta sekolah-sekolah berasrama penuh negeri Perak lain.