Unit-unit Sekolah_Menengah_Sains_Tapah

Badan Pengawas

Seperti sekolah-sekolah yang lain, SESTA juga mempunyai Badan Pengawas yang tersendiri. Oleh kerana dasar pemilihan pengawas yang sedikit longgar, sekolah ini mempunyai bilangan pengawas yang menyamai lebih daripada separuh jumlah pelajar sekolah ini. Berdasarkan organisasi BAKTI yang terbaharu, badan ini dipimpin terus oleh Ketua Umum diikuti oleh timbalan-timbalannyadan seterusnya ketua-ketua dan penolong ketua biro. Berikut merupakan senarai ketua-ketua umum SESTA mengikut sesi:

Bil.NamaRumahSesi
1Muhammad Faizzain bin Mohd FazlinPresto2011-2012
2Ahmad Adli Yusuf bin Ahmad ZuhdiCresendo2012-2013
3Muhammad Shakir bin Mohd ShaharSpirito2013-2014
4Akmal Faiz bin Abdul HalimSpirito2014-2015
5Anas Syazwan bin Ahmad NadzriPresto2015-2016
6Muhammad Faez bin ZakariaCresendo2016-2017
7Muhamad Rasydan Bin RazmanAllegro2017-2018

Badan ini seperti di sekolah lain, bertujuan menjadi pelincir kepada perjalanan sekolah dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah dan menjadi pembantu utama guru-guru dalam segala aktiviti sekolah disamping memastikan misi sekolah ini dapat dicapai dengan cemerlang. Mereka juga bertanggungjawab mengawal segala tingkahlaku pelajar, termasuklah mereka sendiri agar sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang harmoni.

Untuk melancarkan tugas, Badan Pengawas dipecahkan kepada biro-biro tertentu (sekarang ada 12 biro) yang mempunyai tugas masing-masing. Semua pengawas wajib menjadi ahli salah satu daripada biro-biro ini. Setiap biro diketuai oleh Ketua Biro dan Penolong Ketua Biro. Biro-biro tersebut adalah:

  • Biro Perhimpunan dan Protokol
  • Biro Dewan dan Siaraya
  • Biro Multimedia dan Penerbitan
  • Biro Makanan dan Dewan Makan
  • Biro Pengangkutan dan Penginapan
  • Biro Kantin dan Disiplin Makanan
  • Biro Kelas Persediaan
  • Biro Kebajikan dan Ekonomi
  • Biro Disiplin
  • Biro Keceriaan, Kebersihan dan Kekemasan

Badan Dakwah dan Rohani

Logo BADAR

Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) merupakan sayap kerohanian dalam unit-unit pengurusan pelajar sekolah ini. Selaras dengan namanya, badan ini bertanggungjawab untuk memastikan semua pelajar mempunyai kerohanian jiwa yang mantap yang seterusnya membantu melicinkan perjalanan di sekolah ini disamping menjadi golongan utama yang aktif berdakwah untuk memastikan syiar Islam terus bernyawa di sekolah ini. Badan ini juga turut bertanggungjawab dalam pengurusan surau dan segala aktiviti agama yang dijalankan pihak sekolah. Badan ini harus dibezakan dengan Kelab BADAR, sebuah kelab kokurikulum yang ditubuhkan untuk tujuan sama. Badan ini mempunyai ahlinya yang tersendiri.

Menurut sistem organisasi BAKTI, badan ini diketuai oleh Ketua BADAR (dahulunya dikenali sebagai Presiden BADAR) yang merupakan salah seorang ahli induk BAKTI dibawah pimpinan Ketua Umum dibantu oleh Penolong Ketua BADAR dari kalangan Sisters. Kemudian, Bendahari dan Setiausaha menyusul sebelum diikuti oleh ketua lajnah.

Biro-biro dalam BADAR, dikenali sebagai Lajnah walaupun ada diantaranya mempunyai tugas-tugas yang serupa dengan biro dalam Badan Pengawas, namun mempunyai skop kerja yang agak berbeza. Antaranya adalah:

  • Lajnah Dakwah
  • Lajnah Multimedia
  • Lajnah Musolla
  • Lajnah Ekonomi
  • Lajnah Hal Ehwal Wanita Islam (Helwanis)
  • Lajnah Protokol

Sistem Rumah

Rumah sukan di Sekolah Menengah Sains Tapah dibahagikan kepada 4 buah rumah sukan. Penempatan pelajar di asrama juga adalah mengikut sistem rumah. Setiap rumah membawa semangat dan tradisi yang jitu demi menaikkan nama sekolah. Setiap ahli rumah bersaing untuk menjulang kejuaraan rumah masing-masing dalam bidang akademik, ko-kurikulum, sukan dan sebagainya. Rumah-rumah ini mempunyai matlamat untuk menjuarai rumah terbaik pada majlis yang diadakan setiap tahun.

RumahWarnaJata
AllegroBiruJerung
PrestoKuningHarimau
SpiritoMerahPhoenix
CrescendoHijauBuaya

Rumah Spirito telah berjaya menjuarai Rumah Terbaik Keseluruhan setiap tahun, kecuali pada tahun 2012 apabila Cresendo menjuarainya. Namun dari segi sukan, rumah Cresendo banyak memonopoli acara-acara yang disertai dan turut menggondol anugerah Rumah Terbaik dalam Kejohanan Sukan pada tahun 2015 dan 2014, walaupun berhadapan saingan sengit daripada rumah Spirito dan rumah Allegro.

Setiap rumah, menurut sistem organisasi BAKTI dipimpin oleh seorang Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah, diikuti oleh Setiausaha, Bendahari dan biro-biro rumah iaitu Kokurikulum, Akademik, Disiplin dan 3K.

Pembimbing Rakan Sebaya

Pembimbing Rakan Sebaya bertujuan menjadi unit yang rapat dengan pelajar untuk membimbing pelajar ke jalan yang benar lagi berfaedah dan berada di bawah seliaan Unit Bimbingan Dan Kaunseling (UBK). Unit ini diketuai oleh seorang Ketua PRS dibantu oleh penolongnya. Unit ini mempunyai ahlinya yang tersendiri.

Majlis Ketua Tingkatan

Majlis Ketua Tingkatan ditubuhkan pada tahun 2014. Tujuan penubuhan unit ini adalah untuk melibatkan ketua-ketua dan penolong ketua tingkatan dalam kerja-kerja pengurusan sekolah dan menjadikan pengurusan bilik darjah lebih sistematik dan teratur dengan adanya penyeliaan Unit Hal Ehwal Murid terhadap pengurusan bilik-bilik darjah tersebut. Unit ini diketuai oleh seorang Ketua MKT dan pembantunya. Ahlinya terdiri daripada semua ketua tingkatan serta penolong, tetapi akan juga melibatkan ketua batch/ketua ambilan dan ketua aras asrama dalam unit ini tidak lama lagi.