Sekotrop

Sekotrop atau tahi malam merupakan keluaran usus buntu dalam sistem pencernaan mamalia yang tergolong dalam order lagomorpha, yang merangkumi dua famili, iaitu Leporidae (arnab) dan Ochotonidae (pika). Sekotrop dikumuhkan melalui usus, kemudian dimakan semula untuk mendapatkan nutrien tambahan, dalam proses yang dikenali sebagai koprofagia. Pengingesan semula bahan kumuhan juga diamalkan oleh sebilangan kecil spesies rodensia (cth. capybara dan tikus belanda), marsupial (terutamanya yang muda) dan sejenis primat.[1]Sesetengah haiwan perlu mencernakan makanannya dua kali untuk mendapatkan segala nutrien, dan juga dipercayai bahawa ini juga melindungi arnab daripada jangkitan kuman.[2]