Kontroversi Selangor_FM

Arahan keluar dari lokasi penyiaran asal

Pada 12 April 2008, Menteri Besar Selangor yang baru, Tan Sri Khalid Ibrahim, memberi kata dua kepada Selangor FM untuk menyiarkan slot satu jam seminggu kepada kerajaan negeri untuk memberi penerangan mengenai program-program serta dasar kerajaan negeri, ataupun keluar daripada Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah yang turut menempatkan pusat pentadbiran kerajaan negeri.[1][2] Stesen radio berkenaan diberi masa seminggu untuk memenuhi tuntutan kerajaan negeri tersebut. Walau bagaimanapun, stesen tersebut enggan memenuhi tuntutan kerajaan negeri. Akibatnya, Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Shabery Chik menyuruh Selangor FM berpindah keluar daripada bangunan tersebut dan sebaliknya beroperasi di Wisma Radio Angkasapuri, dengan kenyataan bahawa RTM tidak gentar akan amaran seperti itu.