Selising

Tiada sebab dinyatakan untuk tag wikikan pada rencana ini. Anda boleh memasukkan sebab dengan menggunakan parameter |reason=, seperti berikut: {{Wikikan|reason=Sebab anda di sini}}Pekan Selising merupakan sebuah pekan yang terletak dalam jajahan Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia. Pekan Selising dilengkapi dengan balai polis, pejabat pos, pusat kesihatan, stesen minyak, masjid, Jabatan KADA dan padang bola. Pekan Selising sebagai pusat perhentian/persimpangan Jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu dan juga dari Pekan Kok Lanas. Secara keseluruhannya, Selising adalah sebuah pekan Melayu yang terletak diantara Kota Bharu dan Pasir Puteh. Namun, dari segi sejarah, pekan Selising telah menjadi satu tempat tumpuan kaum Cina sejak sebelum Perang Dunia ke 2 lagi.[petikan diperlukan] Antara Kota Bharu dan Pasir Puteh, selain daripada pekan-pekan di Peringat, Melor (lebih dari 10 keluarga), Danan (2 keluarga), Bukit Abal (2 keluarga ) , Padang Pak Mat dan Kg Kelubi, Selising juga menjadi tumpuan beberapa peniaga kecil Cina yang turut menyumbangkan perkhidmatan kedai runcit, kedai basikal dan tayar basikal, kedai getah, kedai emas , kedai kopi , kedai jahit, dan juga kedai jualan pakaian dan kasut. Walaupun pekan ini pekan yang kecil, tetapi secara asasnya pekan ini menyediakan bekalan keperluan harian yang mencukupi.Selising juga menjadi pusat tumpuan orang kampung berdekatan termasuk Kedai Menanti, Bukit Jawa, Banir Belikong, Alor Hijau, Lepah, Banggol, Bukit Bidan, Bukit Merbau dan lain-lain. Namun sejak tahun 1990-an, kemajuan ekonomi dan pembangunan perhubungan jalan raya serta kebolehan memiliki kenderaan sendiri dikalangan penduduk berdekatan telah telah mengurangkan peranan Selising sebagai pekan utama di kawasan ini. Padang bola yang luas di tengah-tengah pekan ini bukan sahaja merupakan green lung kepada pekan ini, malah padang bola ini telah banyak meyumbang kepada perkembangan warisan tradisi serta pusat utama kerajaan menyampaikan berita dan laporan kemajuan semasa. Pekan Selising adalah antara tempat yang terunggul bagi persembahan berdikir barat, wayang kulit dan juga perlawanan bola sepak.Apabila wayang kulit, tarian mak yong atau persembahan dikir barat diadakan, orang kampung dari beberapa kampung berdekatan akan berpusu-pusu ke padang ini untuk menyaksikan persembahan tersebut. Pada zaman 1960-an, apabila penganjur dikir barat atau wayang kulit menganjurkan persembahan, padang ini akan dipagarkan dengan plastik putih dan orang ramai perlu bayar tiket untuk menyaksikan persembahan dikir barat dan wayang kulit. Tidak kurang juga penjaja-penjaja yang menjual kacang putih, kuih-muih, minuman dan lain-lain akan membina gerai-gerai sewaktu persembahan ini diadakan.Berdikir barat lazimnya diadakan selepas musim menuai padi. Pada masa itu, padi hanya dituai setahun sekali. Apabila tamat musim padi, golongan petani akan mengadakan aktiviti dikir barat, main gasing, main wau bulan dan lain-lain termasuk melaga ikan sepilar. Kadang kala, tukang karut dikir barat dari Selatan Thailand juga turut dijemput. Pada ketika dahulu, orang Kelantan merujuk Selatan Thailand sebagai "barat". Orang Kelantan akan pergi ke Kedah melalui "barat" iaitu selatan Thailand untuk membantu petani Kedah menuai padi. Sejarah Thailand menyatakan wayang kulit dan dikir barat berasal dari jajahan Pathalung, iaitu jajahan sawah padi, lebih kurang 80 km utara ke Hatyai. Ini mungkin benar kerana nama dikir barat merujuk kepada "barat" iaitu Selatan Thai. Walaupun elektrik masih belum ada pada tahun 1950-an dan awal 1960-an, orang ramai tetap hadir berkunjung. Pelita ayam , lilin dan juga lampu-lampu pam minyak tanah digunakan untuk mencerahkan padang ini. Apabila adanya mentol lampu, penjana elektrik (generator) petrol telah digunakan untuk menjana elekrtik untuk mencerahkan padang ini. Suasana di padang menjadi sangat meriah seperti suatu pesta sedang berlangsung.Padang Selising ini juga digunakan oleh Jabatan Penerangan untuk menunjukkan wayang gambar secara percuma. Kain layar putih akan didirikan di tengah-tengah padang. Pada waktu malam, van dari Jabatan Penerangan akan menayangkan gambar-gambar. Bagi orang kampung pada masa itu yang masih belum mempunyai TV, inilah hiburan yang terbaik bagi mereka. Mereka akan keluar beramai-ramai dan membawa tikar bersama keluarga mereka sebagai alas duduk. Lazimnya, sebelum tayangan gambar, Jabatan Penerangan akan menayangkan filem-filem gambar mengenai pembangunan atau propaganda kerajaan. Antara filem yang paling digemari ramai pada masa tersebut ialah filem arahan P.Ramlee, Jin Shamsuddin, Saadiah dan Soloma. Namun begitu, aktiviti ini sudah tidak lagi dilakukan sejak akhir tahun 1970-an apabila TV yang memaparkan grafik berwarna telah dimiliki oleh majoriti kalangan masyarakat. Wayang kulit dan dikir barat hampir pupus pada waktu tersebut disebabkan oleh orang ramai tidak lagi berminat dengan hiburan jenis tradisional. Boria yang disiarkan di dalam TV dilihat lebih menarik berbanding dikir barat.Pada tahun 1950-an, terdapat satu insiden yang menyayat hati berlaku iaitu kebakaran besar yang memusnahkan deretan rumah dan rumah kedai di pekan ini. Maka, pada masa itu Urban Development Authority (UDA) telah memainkan peranan mereka dengan membina berpuluh-puluh unit rumah kedai jenis rumah kedai papan yang menjadi asas pekan Selising yang sedia ada. Mangsa-mangsa kebakaran tersebut telah diberi peluang untuk mencabut undi bagi lot-lot rumah kedai yang dibina. Tetapi rumah-rumah kedai ini tidak diberikan secara percuma, mangsa-mangsa kebakaran tersebut dan juga lain-lain penduduk perlu membayar harga rumah kedai baru tersebut secara ansuran selama berpuluh-puluh tahun. Rumah-rumah kedai tersebut masih lagi digunakan sehingga ke hari ini walaupun beberapa rumah kedai papan tersebut telah diroboh dan dibina semula dengan konkrit.Ramai yang tidak sedar bahawa Selising mempunyai tempat hiburan yang sihat dan boleh dianggapkan lebih maju dari kebanyakan kampung dan pekan lain pada zaman 1960-an kerana pekan ini mempunyai sebuah panggung wayang yang dikenali sebagai Panggung Kiew. Panggung ini dinamakan sempena nama pemilik panggung ini yang bernama Kiew (nama sebenar Koh Boon Chiew –arwah yang sudah meninggal berpuluh tahun dulu). Walau bagaimanapun tahun mula-mula panggung ini beroperasi tidak dapat dikenalpasti. Panggung ini tidak menayangkan gambar setiap hari. Ia hanya menayangkan gambar jika ada gambar yang baik. Gambar-gambar yang ditayangkan lazimnya gambar Hindi dan gambar Melayu. Antara gambar Hindi yang tersohor pada ketika itu ialah Sangam dan Bobi, bintang filem Hindi seperti Asha Paresh, Sashi Kapoor dan Raj Kapoor yang diminati ramai penduduk di sini. Panggung Kiew akan menghantar lorinya yang dilengkapkan dengan banner gambar serta alat pembesar suara lalu mereka meronda ke kampung-kampung untuk memaklumkan orang ramai mengenai gambar yang akan ditayangkan. Panggung ini juga akan mengedarkan circular yang disebut "sekelar" oleh orang tempatan yang merupakan suatu pamplet berkenaan cerita serta gambar pelakon utama filem yang akan ditayangkan. Pelakon utama ini lazimnya dikenali sebagai “kepala cerita”. Begitulah cara orang-orang kampung diberitahu dengan terperinci mengenai filem yang bakal di tayangkan. Harga tiket pada tahun 1960 hanyalah 20 sen seorang. Walaupun panggung ini dipagar, tetapi keadaannya adalah jenis open air kerana tiada bumbung. Satu amalan yang unik yang diamalkan di panggung Kiew ini ialah, jika tempat in dituruni hujan semasa tayangan gambar, tayangan gambar akan dihentikan dan penonton-penonton yang menyimpan "kaki tiket" boleh datang pada keesokan hari untuk menonton filem itu sekali lagi tanpa perlu membuat bayaran lagi. Menonton filem di panggung ini adalah menarik kerana setiap aksi pelakon utama terhadap watak antagonis akan diikuti dengan sorakan besar. Walaupun kemudahan di panggung ini sangat sederhana, menonton wayang dalam panggung yang serba ringkas ini sudah cukup untuk memberi hiburan kepada orang kampung pada masa itu. Namun, panggung wayang ini telah ditutup pada akhir tahun 1980-an selepas TV grafik berwarna dan Video menjadi popular dalam kalangan orang kampung. Pada tahun 1950-an, sebuah sekolah rendah Cina yang bernama Sekolah Jiao Kwang di pekan ini terpaksa ditutup kerana tidak mempunyai cukup pelajar Cina di kampung ini. Tapak asalnya sekarang terdapat di antara jalan utama dan belakang klinik Selising. Selepas itu, Sekolah Kebangsaan Rendah Bukit Jawa dibina lebih kurang dalam akhir 1960-an atau awal tahun 1970-an dan diikuti dengan Sekolah Menengah Bukit Jawa.Pada 19 Disember 2015, Pasar Selising terbakar dan insiden ini sekali gus mengakibatkan kesemua peniaga di pasar tersebut kehilangan punca pendapatan. Kesan daripada kebakaran ini,peniaga dan pemilik warung-warung di dalam pasar ini terpaksa memulakan perniagaan mereka di tapak padang Selising sehingga satu pasar baru dibina semula.[petikan diperlukan]