Senarai_lagu_yang_dirakamkan_oleh_Yuna
Senarai_lagu_yang_dirakamkan_oleh_Yuna

Senarai_lagu_yang_dirakamkan_oleh_Yuna

Penyanyi wanita Malaysia, Yuna telah merakamkan lagu untuk tiga album EP dan tujuh album studio. EP eponim beliau, yang menggunakan namanya sebagai judul album dikeluarkan pada 12 Oktober 2008 dengan lagu "Deeper Conversation", "Dan Sebenarnya" dan "Blue Sands" dikeluarkan sebagai single. Album sulungnya, Decorate dikeluarkan pada 23 Julai 2010 di bawah Yuna Room Records[1] dan Laguna Music dan dikeluarkan semula pada 2011 untuk pasaran Amerika Syarikat oleh Fader Label.[2]Album EP beliau, Sixth Street dikeluarkan pada 7 Mei 2013, di mana Yuna mencipta dan menulis lirik kesemua lagunya. Lagu "Let Love Come Through" duet bersama Kyle dan "I Wanna Go",[lower-alpha 1] dikeluarkan sebagai single.[3] Pada 29 Oktober 2013, Yuna melancarkan album keempat, Nocturnal[4] dengan dua lagu dikeluarkan sebagai single—"Rescue" dan "Falling".[5] Dua tahun kemudian pada 2015, Yuna melancarkan album kelima, Material yang dikeluarkan pada 5 Mei.[6][7] Album keenamnya, Chapters dikeluarkan pada 20 Mei 2016,[8] menampilkan kolaborasi daripada Usher menerusi lagu "Crush"[9] dan Jhené Aiko menerusi lagu "Used To Love You".[10]

Rujukan

WikiPedia: Senarai_lagu_yang_dirakamkan_oleh_Yuna http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/pulang-kolab... http://www.artistdirect.com/entertainment-news/art... http://www.ryanseacrest.com/2013/10/25/exclusive-y... http://sinarharian.com.my/cmlink/media-hiburan/the... https://itunes.apple.com/my/album/dwihati-feat-yun... https://itunes.apple.com/us/album/come-as-you-are-... https://itunes.apple.com/us/album/decorate-ep/1038... https://itunes.apple.com/us/album/p-ramlee-satu-in... https://www.idolator.com/7641073/yuna-used-to-love... https://www.karangkraf.com/cmlink/media-hiburan/tr...