Lain-lain Senarai_penyakit_anjing

  • Vertigo*, lebih dikenali sebagai penyakit vestibul* pada anjing, ialah keadaan tidak biasa pada anjing lebih tua. Kebanyakan kes bersifat idiopati, tetapi boleh juga disebabkan oleh radang telinga dalam, atau jangkitan telinga dalam, tumor, dan radang otak. Tanda termasuk nistagmus, kecondongan kepala, berpusing-pusing, pemuntahan, dan jatuh ke satu sisi. Penyakit vestibul ideopati biasanya reda dalam beberapa hari hingga beberapa minggu.[171]
  • Molera (lubang di tengkorak), lebih dikenali sebagai fontanel terbuka, mungkin merupakan tanda hidrosefalus, tetapi juga merupakan jumpaan normal pada baka mainan seperti anjing Chihuahua.[172]
  • Masalah kelenjar dubur ialah isu sangat biasa dengan anjing. Penyakit kelenjar dubut atau pundi dubur mungkin termasuk hentaman, jangkitan, atau pengabsesan. Anjing itu akan meluahkan bahan berbau seperti ikan secara berkala dari duburnya apabila terlalu penuh. Kelenjar ini dinyatakan dengan normal apabila anjing meninja.
  • Demam shar pei ialah keadaan terlihat pada shar pei bercirikan demam berulang-ulang dan pembengkakan keting. Demam shar pei boleh menyebabkan kegagalan ginjal dan hati melalui pengumpulan amiloid di dalam organ tersebut (amiloidosis).[6]
  • Kegagalan hati* adalah biasa pada anjing. Tanda termasuk pemuntahan, kehilangan selera, penurunan berat, dan penyakit kuning. Sebab termasuk jangkitan bakteria atau virus, serangan toksik, barah, penyakit penyimpanan tembaga, atau keadaan ini mungkin idiopati.[173]
  • Penyakit gigi adalah sangat biasa pada anjing. Kalkulus ialah tanda paling ketara penyakit gigi, tetapi radang gusi berkembang menjadi radang periodontium merupakan yang menyebabkan kehilangan gigi. Rawatan termasuk penyisikan dan penggilapan gigi di bawah anestesia umum dan rawatan mana-mana penyakit periodontium. Pencegahan adalah sangat penting dan boleh dicapai melalui pengamalan pemakanan atau ganjaran khas, penggosokan gigi, dan gel pencegahan plak.[174]
  • Pirau portosistemik, juga dikenali sebagai pirau hati, ialah pemintasan hati oleh sistem peredaran badan. Keadaan ini boleh sama ada bersifat kongenital atau merupakan keadaan perolehan.
  • Hernia perineum ialah keadaan terlihat pada anjing bercirikan pengherniaan kandungan abdomen melalui diafragm pelvis dan menyebabkan pembengkakan pada satu bahagian dubur.
  • Diskinesia silium primer* ialah gangguan menyebabkan disfungsi silium. Pada anjing ini menjadi nyata dengan ketidakmotilan sperma dan penyakit pernafasan. Tanda termasuk luahan hidung, pneumonia berulang-ulang, dan ketidaksuburan. Gejala berkembang kemudian selepas kelahiran.[175]
  • Sumbing bibir dan lelangit kerap terlihat pad anjing. Kesukaran dengan penyusuan ialah masalah paling biasa berkaitan dengan sumbing, tetapi pneumonia pengaspiratan mungkin terlihat dengan sumbing lelangit.[6]
  • Hernia diafragma kongenital* adalah tidak biasa pada anjing. Kebanyakan hernia diafragm disebabkan oleh trauma. Hernia diafragm kongenital biasanya merupakan komunikasi antara peritoneum dengan perikardium. Kedua-dua ini kerap merupakan jumpaan tidak sengaja.[176]
  • Hiperplasia gusi terlihat pada baka berkepala pendek, terutamanya boxer. Ini ialah keadaan benigna, sungguhpun pengimpakan makanan dan bulu adalah biasa.[177]
  • Penyakit keracunan salmon ialah penyakit anjing yang membawa kematian disebabkan oleh jangkitan dengan sejenis riketsia, sama ada Neorickettsia helminthoeca atau Neorickettsia elokominica. Keadaan ini disebabkan oleh pemakanan salmon mentah dan dijumpai di Barat Laut Lautan Pasifik.[6]
  • Tindak balas vaksin boleh dianggap sebagai mana-mana jenis kejadian buruk berpunca daripada pemvaksinan, termasuk pembentukan granuloma, tetapi paling biasa istilah tindak balas vaksin digunakan untuk menggambarkan tindak balas hiperkepekaan jenis I. Tanda paling biasa ialah pembengkakan dan kegatalan muka, tetapi tanda sangat parah lebih jarang seperti hipotensi dan keruntuhan mungkin berlaku.[178]
  • Lupus eritematosus sistemik (SLE)* ialah penyakit sistem imun bercirikan kehadiran antibodi kepada asid nukleat dan/atau antibodi kepada sel darah merah, platelet, limfosit, faktor pembekuan, dan tiroglobulin. Penyakit ini boleh menyebabkan pengendapan kompleks imun atau penyakit autoimun. Pengendapan kompleks imun boleh menyebabkan radang pembuluh darah, radang meninges, radang saraf, dan penyakit sendi dan kulit. Penyakit autoimun mungkin menyebabkan anemia hemolisis atau trombositopenia, yang merupakan pengetaraan SLE paling biasa pada anjing.[179]
  • Miastenia gravis* disebabkan oleh kehadiran antibodi terhadap reseptor asetilkolina. Tanda termasuk megaesofagus dan kelemahan otot.[180]
  • Tetanus* ialah penyakit disebabkan oleh bakteria Clostridium tetani ikutan pencemaran luka. Anjing tidak sangat terdedah terhadap tetanus. Tanda termasuk kesukaran pembukaan mulut dan pemakanan, pengecutan otot muka, dan pemanjangan anggota tegar. Anjing mungkin juga mendapat tetanus setempat, tanda yang termasuk kekejangan anggota menyelerak ke selebih badan.[181]
  • Polidaktili* secara umumnya ialah prapaksi (di bahagian kuku embun) pada anjing. Kebanyakan kes berkaitan dengan baka, dengan anjing Pyrénées besar merupakan contoh paling diketahui.[182]
  • Keruntuhan tenggorok ialah keadaan bercirikan pembentukan tidak lengkap atau pelemahan gelang rawan tenggorok. Keadaan ini paling biasa pada baka kecil dan mainan. Tanda termasuk bantuk (kerap dipanggil "batuk bunyi angsa" kerana bunyinya), terutamanya apabila teruja.[6]
  • Sindrom kepala pendek ialah keadaan terlihat pada anjing berkepala pendek (bermuncung pendek), bercirikan kehadiran lubang hidung stenotik, lelangit lembut memanjang, tenggorok sempit, larinks runtuh, dan sakulus larinks keluar masuk. Tanda termasuk kesukaran pernafasan dan pernafasan berbunyi. Pilihan pembedahan tersedia.[183]

Rujukan

WikiPedia: Senarai_penyakit_anjing http://www.uq.edu.au/ccah/index.html?page=43608&pi... http://ic.upei.ca/cidd/disorder/von-willebrands-di... http://www.upei.ca/cidd/Diseases/musculoskeletal/p... http://www.upei.ca/cidd/Diseases/nervous%20system%... http://www.bd.com/us/diabetes/page.aspx?cat=7001&i... http://www.bd.com/us/diabetes/page.aspx?cat=7001&i... http://www.bordercolliehealth.com/TNSdatabase.html http://www.chronolab.com/point-of-care/index.php?o... http://www.cliniciansbrief.com/cms/portals/_defaul... http://www.dechra-us.com/files/dechra/Downloads/Ph...