Kesan Sengkarut_Para_Filsuf

Jauh dari gerah falsafah di dunia Islam, Tahafut telah terusik kepentingan Islam dalam bidang falsafah: ahli-ahli perundangan tidak lagi takut untuk mempelajari karya-karya Ibnu Sina dan Al-Farabi, seperti yang dilihat dalam karya-karya Ibnu Rusyd dan Fakhruddin Al-Razi. Tahafut dan bantahan Ibnu Rusyd terus dipelajari di dunia Islam. Sultan Kerajaan Uthmaniyah Muhammad II (alias El-Fatih) menugaskan dua ulama dunia untuk menulis buku meringkaskan gagasan-gagasan daripada dua ahli falsafah besar ini[7] untuk baginda lihat siapa yang memenangi perbahasan ini.

Akan tetapi, pendapat Al-Ghazali yang bertegas akan kehadiran Allah dalam segala perkara telah dianjurkan[8] sebagai salah satu sebab kenapa semangat penyelidikan sains akhirnya rebah di bumi Islam. Jika "tangan Allah tidak dibelenggu", makanya tiada sebab untuk meneroka hukum-hukum alam (dalam erti kata lain, orang-orang akan berkata ia ketentuan Allah kemudian mereka tidak selidik sains bagaimana Dia melakukannya). Contohnya:[petikan diperlukan]

...pihak lawan mendakwa bahawa agen kebakaran hanyalah api sahaja; ini ialah agen semula jadi, bukan agen rela dan ia tidak dapat menahan dirinya daripada melakukan lumrah kewujudannya apabila bersentuh dengan penerima. Kami membantah mereka dengan berkata: Agen yang membakar ialah Allah, tetapi melalui penghasilan hitam pada kapas dan peleraian kapas oleh-Nya, dan sebenarnya Allahlah yang membuat kapas tersebut terbakar dan menjadikannya abu sama ada dengan malaikat atau secara langsung. Kerana api ialah jasad yang tidak hidup dan tidak mampu melakukan sebarang perbuatan, dan apakah bukti api ialah agen? Sesungguhnya, ahli falsafah mereka tidak mempunyai satu pun bukti selain pemerhatian kebakaran itu, apabila adanya persentuhan dengan api, namun pemerhatian hanya membuktikan keserentakan, bukan kesebaban, dan sesungguhnya tidak ada penyebab lain selain Allah.