Sengkarut_Para_Filsuf

Sengkarut Para Filsuf, atau Tahafut Al-Falasifah (Arab: تهافت الفلاسفة), ialah sebuah karya agung oleh Imam Al-Ghazali, seorang ulama daripada aliran falsafah Asy'ariah, yang mengkritik pengikut faham Ibnu Sina.[1] Ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan Al-Farabi dikutuk dalam kitab ini kerana mereka tetap mengikut falsafah Yunani walaupun ajaran mereka berselisihan dengan ajaran Islam. Sengkarut Para Filsuf berpegang teguh kepada kepercayaan bahawa segala peristiwa dan kejadian terjadi atas kehendak dan takdir Allah dan bukannya kerana perkara-perkara yang saling berhubung kait. Ia menjadi amat popular, dan menandakan peristiwa penting dalam pengasasan falsafah Asy'ariyah dalam falsafah Islam dan perbincangan keagamaan.Kitab tersebut menaungkan keimanan melebihi falsafah dalam hal-hal yang mujarad dari pandangan manusia.