Seri_Bayu

Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik merupakan penulis lirik Malaysia yang terkenal. [1]Semasa hayatnya, Seri Bayu merupakan seorang penulis lirik yang berbakat yang pernah menghasilkan lebih 2,000 lagu dan penyanyi yang pernah membawakan hasil nukilannya merupakan penyanyi terkemuka seperti Fauziah Latiff, Francissca Peter, Anita Sarawak dan Jamal Abdillah.[2]Allahyarham pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali dan melalui perkahwinan pertama telah dikurniakan lima orang anak sebelum bercerai pada tahun 2002. Seri Bayu kemudian melalui perkahwinan kedua bersama penyanyi Dayang Zaira Erema Awang Moshdad dari Kuching, Sarawak pada 19 Disember 2006.[3]Lirik lagu terakhir yang dicipta oleh Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 45, yang meninggal dunia di Hospital Port Dickson kira-kira 8.30 malam Sabtu akibat penyakit saraf, merupakan untuk lagu "Sebelum Aku Pergi". Lirik itu dihasilkannya beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia, khusus untuk anak angkatnya Nazira Abdul Ghani, 16, yang baru mahu bertapak di bidang seni.[4]