Serigala barat laut (Canis lupus occidentalis), juga dikenali sebagai
serigala Lembah Mackenzie[3] atau
serigala balak utara[1] ialah satu
subspesies serigala kelabu yang berwilayah dari hulu
Lembah Sungai Mackenzie, ke selatan ke dalam
Alberta tengah.
[3] Bersama dengan
C. l. nubilus, C. l. occidentalis ialah anggota paling meluas daripada kelima-lima subspesies serigala kelabu di Amerika Utara, dengan sekurang-kurangnya enam
sinonim berlainan.
[1]Subspesies ini pertama kali dituliskan oleh ahli alamiah Scotland
Sir John Richardson pada 1829. Beliau memilih untuk memberinya nama occidentalis ("barat") sebagai rujuk kepada lokasi geografinya lebih daripada dengan warnanya, kerana mewajarkan warnanya adalah terlalu berubah-ubah.
[4] Analisis-analissi
filogenetik bagi serigala kelabu Amerika Utara menunjukkan bahawa terdapat tiga
klad yang berpadanan dengan C. l. occidentalis,
C. l. nubilus dan
C. l. baileyi, setiap satu mewakili invasi terpisah ke Amerika Utara daripada leluhur Eurasia tersendiri. C. l. occidentalis, subspesies paling barat laut, diturunkan daripada serigala kelabu terakhir untuk mengkolonisasi Amerika Utara. Ia mungkin sekali menyeberang ke Amerika Utara melalui
jambatan darat Bering selepas
zaman ais terakhir, menyesarkan populasi C. l. nubilus apabila melanjut, suatu proses yang telah berterusan sehingga kini.
[1]Serigala barat laut merupakan salah satu daripada subspesies serigala terbesar dengan jantan dewasa berberat antara 100–135 lb (45–61 kg).
[5] Spesimen tercatat terberat dibunuh di Sungai 70 Batu di Alaska timur-tengah pada 12 Julai 1939 dan berberat 79.4 kg (175 lb).
[6] Sir John Richardson memerihalkan serigala barat laut sebagai mempunyai binaan lebih teguh daripada
serigala Eropah, dengan kepala lebih besar dan lebih bundar dan muncung lebih tebal dan lebih cakah. Telinganya juga lebih pendek, dan bulunya lebih lebat.
[4]Di
Taman Negara Yellowstone, serigala barat laut yang ditempatkan semula secara buatan telah didokumenkan dengan baik memakan
elk. Ia biasanya merempuh kawanan elk dengan menggunakan kerja sepasukan kawanan untuk memisahkan elk lebih muda daripada yang dewasa. Ia juga akan menyerang anak elk muda yang terpisah daripada induknya. Elk yang lemah musim sejuk atau sakit juga memainkan peranan penting bagi diet serigala Yellowstone dan melebihi 50 peratus dairpada elk lemah musim sejuk atau sakit di Yellowstone dianggarkan dibunuh oleh serigala. Daripada ini, kira-kira 12 peratus bangkai dimakan oleh pemangsa lain seperti
raven atau
koyote.
[7] Di taman negara sama, serigala juga memangsakan
bison, tetapi serangan sedemikian biasanya melibatkan haiwan sakit atau anak, kerana bison boleh membunuh serigala dengan mudah dengan telapuknya.
[8] Serigala barat laut bertanggungjawab untuk beberapa
serangan terhadap manusia yang juga ketara dengan sekurang-kurangnya dua serangan maut pada abad ke-21 yang melibatkan kedua-dua mangsa dimakan separa: pada 2005,
seorang lelaki dibunuh di
Saskatchewan,
Kanada,
[9] sementara pada 2010, seorang wanita dibunuh semasa berjoging dekat dengan
Tasik Chignik di
Alaska.
[10]