Shahnameh
Shahnameh

Shahnameh

Shahnameh, atau Shahnama (Parsi: شاهنامه)(ejaan lain Shahnama, Shahname, Shahname, Shah-Nama), yang bermaksud "Kisah Raja-Raja", adalah sebuah syair Parsi karangan Firdausi yang bertarikh sekitar 1000 M dan ia adalah epik kebangsaan untuk negara-negara Parsi. Syair Shahnameh ini mengisahkan cerita-cerita mistik dan sejarah lama Iran sebelum kedatangan Islam. Kitab ini juga adalah salah satu daripada warisan UNESCO[1].Selain daripada kepentingan sasteranya, Shahnameh juga dianggap sebagai titik permulaan pemulihan Bahasa Parsi yang ketika itu hampir pupus kerana pengaruh Bahasa Arab. Karya agung ini juga mencerminkan sejarah Iran, nilai-nilai kebudayaan Parsi, agama-agama purbanya seperti Majusi dan juga melahirkan semangat nasionalisme di kalangan bangsa Iran atau Parsi.