Kerjaya Shukri_Yahaya

Pada tahun 2011, Shukri memulakan kerjaya lakonannya dalam filem Jiwa Taiko arahan Osman Ali dan kemudiannya beliau muncul dalam drama siri popular Juvana.

Pada tahun 2013, beliau muncul dalam filem Ular arahan Jason Chong lakonan Yusry KRU dan Lisa Surihani, kemudiannya beliau dicalonkan di Festival Filem Malaysia ke-26 menerusi kategori "Pelakon Harapan Lelaki Terbaik", tetapi dimenangi oleh Zul Ariffin. Beliau juga menerima pencalonan di Anugerah Skrin ke-17 bagi kategori "Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama)" menerusi telefilem Perempuan Itu Ibuku, beliau bagaimanapun tewas kepada Hasnul Rahmat.

Pada tahun 2015, Shukri berlakon dalam drama siri romantik Dia Isteri Luar Biasa bersama Fathia Latiff dan Cik Cinderella dan Encik Tengku bersama Zahirah MacWilson.

Pada tahun 2016, beliau berlakon dalam drama siri romantik komedi Suami Tanpa Cinta bersama Janna Nick dan drama siri popular 7 Hari Mencintaiku bersama Siti Saleha yang merekodkan antara rating tontonan drama tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 12 juta penonton selain memenangi "Drama Pilihan" serta mendominasi anugerah-anugerah lain di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–4 di mana Shukri juga berjaya memenangi "Aktor Pilihan" dan "Pasangan Pilihan" bersama Siti Saleha.

Pada tahun 2017, Shukri berlakon dalam drama siri popular Andainya Takdir bersama Nina Iskandar. Drama siri ini menjadi sebuah drama yang trending di laman sosial dan mencatatkan rating sebanyak 10 juta penonton. Meneruskan kesinambungan pada tahun berikutnya menerusi Andainya Takdir 2 dan berjaya meraih rating terkumpul berjumlah 12 juta penonton. Menerusi drama siri popular ini, Shukri berjaya memenangi "Antagonis Pilihan" di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–5 dan "Pelakon Watak Antagonis Popular" di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–32.

Pada tahun 2018, buat pertama kalinya beliau muncul sebagai watak utama dalam filem menerusi Surf This Love: Gelora Juara dan turut membintangi beberapa drama bersiri antaranya Tiada Arah Jodoh Kita, Andainya Takdir 2, Vila Ghazara dan Split TV Series. Menerusi Split TV Series, Shukri memenangi "Pelakon Lelaki Terbaik" di Anugerah Telenovela ke-4.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Shukri_Yahaya http://www.budiey.com/calon-anugerah-dfkl-2016/ http://www.budiey.com/drama-festival-kuala-lumpur-... http://www.gempak.com/artikel/4129/senarai-penuh-c... http://www.imdb.com/name/nm4857619/ http://ypbnmy.blogspot.my/2016/12/anugerah-telenov... http://eh.com.my/artikel/fesyen/anugerah-stail-eh-... http://eh.com.my/artikel/hiburan/top5-finalis-anug... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/surf-this-lo...