Siaran percuma (
Bahasa Inggeris:
free-to-air,
FTA) bermaksud siaran
radio atau
televisyen tanpa
penyulitan yang boleh diterima oleh mana-mana alat penerima yang sesuai. Ini berbeza dari
tayangan percuma (Free-to-view, FTV) yang boleh diterima tanpa perlu
langganan tetapi disulitkan secara digital dan boleh dihadkan kepada kawasan tertentu. Kedua-duanya bertentangan dengan
televisyen berbayar, iaitu perkhidmatan berlangganan atau
bayaran atas permintaan (pay-per-view).Adakalanya,
televisyen satelit juga bersiaran percuma, tetapi selalunya siaran percuma diterajui oleh siaran
terestrial melalui jalur
UHF atau
VHF.Walaupun namanya percuma, namun ada kalanya penonton terpaksa membayarnya. Penonton membiayai siaran secara langsung dengan membayar yuran
lesen televisyen (contoh:
BBC di UK) atau dermaan sukarela (
PBS di Amerika Syarikat), di samping juga pembiayaan secara tidak langsung seperti membeli barangan dan perkhidmatan pengguna yang dilariskan melalui
pengiklanan dan
penajaan yang dibayar oleh pengeluar atau promoter kepada penyiar (
TV3 di Malaysia), tidak dilupakan juga pembiayaan melalui pendapatan kerajaan (
RTM di Malaysia).
Penyiaran antarabangsa juga boleh dipancarkan secara percuma, lebih kurang macam
radio gelombang pendek. Kebanyakan peruncit FTA yang dibenarkan menyenaraikan panduan saluran dan kandungan percuma yang boleh diterima di kawasan perkhidmatannya.