Tarikan Simanggang

Mercu Tanda

Tugu Burung Merpati merupakan salah satu daripada mercu tanda Sri Aman selain daripada Benak dan lagenda Bujang Senang. Ia dibina pada awal tahun 1990-an di mana struktur utamanya membentuk dua ekor burung merpati putih. Burung merpati yang sering dikaitkan dengan keamanan dijadikan simbol tugu tersebut sebagai memperingati peristiwa bersejarah Deklarasi Sri Aman.[9] Lokasi tugu tersebut yang terletak tidak jauh dari bulatan utama menuju pusat bandar merupakan tempat berlakunya peristiwa bersejarah itu diadakan.

Tokong Tze Yin Khor yang telah dibina pada kurun ke-19, merupakan tokong cina tertua di Sri Aman. Kedudukannya terletak di tebing Sungai Batang Lupar, di jalan Sim Kim. Tokong ini amat unik kerana mempunyai bumbung berwarna hijau berbanding warna merah yang selalu digunakan dalam pembinaan tokong cina.[10] Lokasi pembinaan tokong ini adalah berdasarkan kawasan fengshui ketam hidup. Oleh itu, pemilihan warna hijau untuk bumbung tokong adalah dipercayai mengelakkan ketam "dimasak" justeru, mati.

Gereja Katolik Mount Hosanna atau Mount Hosanna Catholic Church mempunyai gaya senibina yang sangat menarik. Bangunan gereja ini melambangkan tiga lilin putih yang besar. Terdapat 100 anak tangga tang dinamakan Tangga Jacob untuk menuju ke gereja yang terletak di puncak bukit. Gereja ini terletak di KM157 Jalan Kuching-Sri Aman. Pembinaan gereja unik ini diusahakan oleh Father Richard Khoo,[11] iaitu antara pemimpin agama Kristian Roman Katolik yang tersohor di Sarawak. Ianya dibina suatu waktu dahulu atas jerit perih dan sumbangan penganut agama Kristian di Sri Aman pada masa itu. Gereja ini popular di kalangan penduduk Kristian kerana setiap hari Ahad akan diadakan upacara Healing bermula jam 10.00 pagi.[12]

Tarikan Lain

Taman Panorama Benak merupakan kawasan strategik bagi menyaksikan fenomena benak di sungai Batang Lupar. Taman ini terletak bertentangan dengan Pejabat Residen Sri Aman.

Wong Tapang Rumput Gua merupakan sebuah kawasan rekreasi yang sesuai untuk aktiviti seperti berkelah. Lokasinya terletak di Jalan Sri Aman-Kuching dan 1.5km dari Kampung Gua. Kawasan ini diusulkan oleh Tuai Rumah Milu pada tahun 1998, dan diberi peruntukan oleh Majlis Daerah Sri Aman. Mata air jernih di sini mengalir dari Banjaran Kelingkang yang merupakan banjaran terpanjang di Borneo dan juga sempadan antarabangsa antara Malaysia dan Indonesia.

Rujukan

WikiPedia: Simanggang http://espace.library.uq.edu.au/view/UQ:185349 http://sarawaktourism.com/attraction/sri-aman-town... http://kubualice.webs.com/sejarah-latar-belakang http://www.wongfookyee.com/HTML/Shirley/Events/200... http://carolusoutdoorlife.blogspot.my/2016/03/moun... http://hadiftareh.blogspot.my/2012/07/sri-aman.htm... http://www.sriamandc.sarawak.gov.my/ http://kggua.pi1m.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ek... http://www.sarawakiana.net/2014/04/sektor-pertania... https://www.facebook.com/BorneoOracle/photos/a.449...