Diagnosis Sindrom_kejutan_denggi

Pada mulanya, virus denggi didiagnosis secara ujian darah klinikal. Dua ujian dilakukan selang dua atau tiga minggu.[2] Pesakit diuji positif menghidap denggi apabila antibodi virus dikesan dalam darah. Teknik reaksi rantai polimerase (PCR) boleh digunakan untuk mengesahkan diagnosis.

Terdapat empat serotip virus denggi yang boleh didiagnosis dalam pesakit. Serotip-serotip tersebut tidak berlindung pindah, iaitu perumah boleh dijangkiti berulang kali jika serotipnya berlainan antara setiap jangkitan.[5] Sindrom kejutan denggi pernah dihipotesiskan sebagai kesan satu serotip denggi mengikuti jangkitan serotip jenis lain.[5] Bagaimanapun, DSS juga boleh berkembang tanpa jangkitan berturut-turut. Kekhuatiran utama jangkitan berturut-turut ialah kemungkinan menaikkan risiko penerimaan sindrom tersebut.

Untuk menentukan sama ada jangkitan denggi berbentuk sindrom kejutan denggi atau sebaliknya, pesakit mesti menunjukkan simptom denggi berdarah dan juga simptom-simptom berikut:

  • Nadi deras lemah
  • Tekanan nadi sempit (kurang 20 mm Hg)
  • Kulit berlengas kesejukan dan kesukaran berehat