Simptom Sindrom_kejutan_denggi

Peringkat-peringkat awal jangkitan denggi tak rumit terdiri daripada deman (hingga 40.5 °C (104.9 °F)) dan sakit kepala yang teruk, dan boleh juga simptom-simptom lain seperti kesejukan, rasa loya dan muntah, ruam, sakit belakang, dan sakit otot melampau.[1] Apabila jangkitan berkembang menjadi demam denggi berdarah, saluran darah dan limfa rosak dan pendarahan hidung, gusi, atau dasar kulit menimbulkan lebam keunguan.[2] Sindrom kejutan denggi, iaitu bentuk demam denggi paling serius, termasuklah semua simptom denggi berdarah bersama simptom-simptom tersendirinya. Tanda-tanda awal DSS termasuk keresahan, kulit berlengas kesejukan, nadi lemah yang deras, dan penyempitan tekanan nadi dan/atau hipotegangan.[3] Simptom-simptom lebih bahaya termasuk sakit abdomen, pendarahan berlebihan, dan paling dahsyat sekali ialah kegagalan sistem darah ('kejutan') yang berlaku akibat kehilangan bendalir besar-besaran antara hari ketiga hingga kelima kesakitan.[4]