Singa_Afrika_Timur
Singa_Afrika_Timur

Singa_Afrika_Timur

dahulunya:Singa Afrika Timur (Panthera leo melanochaita)[1] merupakan populasi singa di Afrika Timur. Di bahagian Afrika yang ini, singa terdapat di Habsyah, Kenya, Somalia, Sudan Selatan, Tanzania dan Uganda, tetapi pupus setempat di Djibouti, Mesir dan Eritrea.[6] Populasi singa di taburan Afrika Timur merosot sejak abad ke-20.[7]Dahulu, singa Afrika Timur dikenali sebagai beberapa spesies berbeza dengan pelbagai nama saintifik seperti Panthera leo massaica, P. l. hollisteri dan P. l. nyanzae.[2][8] Dikenali sebagai singa Masai, singa Somali, singa Abyssinia dan singa Uganda, bergantung pada kawasan penangkapan individu untuk dijadikan koleksi zoologi.[9] Pada 2016, pentaksir Senarai Merah IUCN telah menggolongkan semua populasi singa Afrika kepada Panthera leo leo.[6] Status subspesies singa di Tanjung Afrika belum selesai sepenuhnya.[1]