Sistem_separa_presiden

Sistem separa-presiden atau sistem dwi eksekutif adalah satu sistem kerajaan di mana Presiden wujud bersama Perdana Menteri berserta sebuah kabinet, dengan PM bertanggungjawab pada badan perundangan negara. Ia berbeza dari republik berparlimen kerana ia mempunyai ketua negara yang dipilih secara umum, yang lebih merupakan pemimpin simbolik beristiadat, dan dari sistem berpresiden didalam kabinet tersebut, walaupun dinamakan oleh presiden, adalah bertanggungjawab pada badan perundangan, yang mungkin memaksa kabinet untuk meletakkan jawatan melalui undi tidak percaya.[1][2][3][4]Walaupun Republik Weimar (1919–1933) mencontohkan sistem separa-presiden yang terawal, istilah "separa-presiden" telah diperkenalkan dalam artikel 1959 oleh wartawan Hubert Beuve-Méry[5] dan dipopularkan dari karya 1978 oleh saintis politik Maurice Duverger,[6] kedua-duanya bertujuan untuk menggambarkan Republik Kelima Perancis (ditubuhkan pada tahun 1958).[1][2][3][4]